web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Tahun Bercinta, Harris Annuar Pakai Topi Elak Dikenali

Pempengaruh media sosial terkenal, Harris Annuar berjaya menyembunyikan kisah cintanya bersama pelakon, Asha Merican selama empat tahun dari pengetahuan umum sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah pada Sabtu lalu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 1:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Empat tahun merahsiakan hubungan cinta bukan sesuatu yang mudah, namun itu berjaya dilakukan oleh pasangan pengantin baru iaitu Harris Annuar dan Asha Merican.

Harris atau nama sebenanrya Mohammad Harris Bin Shahrul Annuar ,29, yang merupakan ‘influencer’ terkenal dan bekas peserta Hero Remaja 2017 ini membuat kejutan apabila bernikah pada Sabtu lalu bersama cinta hatinya yang merupakan seorang pelakon.

Ditanya kenapa dia merahsiakan mengenai hubungan cinta ini dan tidak menghebohkan berita mengenai perkahwinannya, kata anak bongsu kepada usahawan terkenal Kak Ton ini, dia tidak mahu terlalu mencanang hubungan cintanya kerana takut andai tidak menjadi.

“Kita pun tak tahu sama ada hubungan ini akan menjadi atau pun tidak. Saya tak mahu bila sudah bercinta bagai nak rak, tiba-tiba tak jadi kahwin pula. Nanti jadi isu. 

Sebenarnya kalau saya keluar ‘dating’ saya akan pakai topi jadi orang tak akan perasan. Kami memang tak dedahkan hubungan kami di media sosial. Kalau kami kongsi pun hanya untuk rakan terdekat. 

Empat tahun kita bercinta senyap-senyap, Alhamdulillah akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri yang sah,” katanya ketika ditemui di majlis persandingan yang berlangsung di Subang.

Menurut Asha pula, dalam masa empat tahun menjalin hubungan cinta, mereka juga turut melalui fasa turun naik dan bergaduh.

“Biasalah dalam hubungan mesti ada turun naik. Tipulah kalau kata tak gaduh. Hari-hari gaduh. Tetapi lebih baik gaduh sebelum kahwin daripada selepas kahwin,” katanya. 

Ditanya tentang perancangan bulan madu, pasangan sama cantik sama padan ini akan berbulan madu pada September nanti di Switzerland selepas kedua-dua mereka selesai dengan tugas masing-masing. 

“Selepas ini saya terlibat sebagai pengacara untuk program di Astro Oasis. Aisha pula tengah dalam penggambaran drama. Selepas selesai semuanya kami akan mengerjakan umrah pada bulan Ogos. Kemudian pada bulan September baru kami akan berbulan madu di Switzerland,” kata Harris. 

Sewaktu ibunya memberikan ucapan di majlis resepsi, Kak Ton memberitahu bahawa dia sudah tidak sabar mahu menimang cucu. Ditanya tentnag soal zuriat kepada Harris, katanya dia tidak kisah bila-bila masa sahaja. - Getaran, 13 Jun 2022


Gambar: Instagram Harris Anuar
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN