web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dari Set Penggambaran Ke Pelamin, Tahniah Britney!

Spears dan pasangannya Sam Asghari yang berumur 28 tahun sebelum ini sudah bercinta selama 5 tahun.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 1:27PM

Gambar Instagram @britneyspears

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula daripada set penggambaran muzik video ‘Slumber Party’ pada tahun 2016, siapa sangka itulah detik bermakna yang mempertemukan jodoh antara penyanyi terkenal Britney Spears dengan pasangannya.

Setelah hampir lebih lima tahun menyulam kasih, akhirnya Spears sah bergelar isteri kepada Sam Asghari yang juga merupakan seorang pelakon serta jurulatih kecergasan.

Memetik laporan E!, perkahwinan mereka diadakan dalam sebuah majlis di Los Angeles dalam suasana serba romantis.

Spears tampil cantik dan mewah menyarungkan busana yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Donatella Versace.

Dia turut menggayakan barang kemas Stephanie Gottlieb dan disolek Charlotte Tilbury.

Terdahulu, Spears pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun sama, Spears berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kevin Federline. Namun mereka bercerai pada tahun 2007. Perkahwinan ini mengurniakan Spears dua orang anak lelaki. - Getaran, 11 Jun 2022

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN