Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ali Puteh Akui Keluar Wang KWSP Demi Kelangsungan Hidup

Tiada tawaran kerja dalam bidang seni selama lebih dua tahun, pelawak terkenal Ali Puteh mengakui terpaksa mengeluarkan wang KWSP demi meneruskan hidup. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak terkenal, Ali Puteh mengakui dia antara selebriti yang terpaksa mengeluarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33,  sudah hampir dua tahun dia tidak mendapat sebarang tawaran kerja yang membabitkan dunia hiburan.

“Sepanjang dua tahun ini, pendapatan saya dalam bidang seni cuma RM300. Itu pun sewaktu terlibat dengan program TV bacaan ayat Al Quran secara dalam talian. 

Tetapi Alhamdulillah setakat ini tak adalah sampai terdesak melampaui batas. Cuma sewaktu ditawarkan untuk mengeluarkan wang KWSP, saya ambil. 

Saya ambil untuk saya bertahan dan untuk anak-anak. Maknanya jika saya tak ada kerja, saya tahu anak saya masih boleh makan,” katanya yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan sebelum bergelar selebriti. 

Kongsi Ali, dia mula hilang tawaran kerja dalam bidang seni sejak bermula kes mahkamah yang melibatkan dirinya bersama kakak ipar. 

“Ketika kes itu bermula, boleh dikatakan memang tak ada ‘job’ langsung. Banyak tawaran yang dibatalkan sejak kes itu berlaku. Tetapi saya percaya kepada rezeki. 

Alhamdulillah saya dapat tawaran daripada Awesome TV untuk membintangi sebuah sitkom dan memegang watak utama. Sebelum ini saya selalu pegang watak sampingan sahaja.

Saya juga bakal menjadi juri untuk sesi ujibakat program Awesome Raja Lawak yang akan berlangsung tidak lama lagi,” kongsinya.

Kata Ali lagi, tahun ini juga dia tidak menyambut hari raya Aidilfitri kerana masih bersedih di atas kehilangan ibunda tercinta.

“Tahun ini adalah raya pertama yang saya tak beraya. Saya tak tahu hari raya tu hari apa. Raya yang tak bermakna sebab segala-galanya tiada. Saya cuma ada isteri dan anak-anak saya. 

Ini adalah raya pertama tanpa arwah ibu. Pada hari raya pertama hari itu pun saya bangun tidur pukul 12 tengah hari. Saya banyak sibukkan diri dengan berniaga sepanjang Ramadan,” katanya. 

Ditanya apa yang dilakukannya disaat diri ditimpa ujian yang berat dan menerima komen serta pandangan sinis masyarakat, kata Ali dia memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Jika ada orang diluar sana yang mengalami masalah depresi atau gangguan emosi, nasihat saya baliklah ke tikar sembahyang. Itulah jalan yang saya ambil di mana saya dekatkan diri dengan ustaz dan orang-orang yang berkaitan dengan agama sebab mereka tidak pernah ada sifat membenci dengan kita. Ustaz itu pesan pada saya, selagi kita bernyawa, selagi itu ada peluang untuk kita bertaubat,” kongsinya. - Getaran, 3 Jun 2022.

Gambar: Awesome TV

Berita Berkaitan

1

Selebriti 12 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

3

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran