web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tewaskan Pelakon 'Junior', Fasha Sandha Kekal Ratu Drama Melayu

Biarpun ramai pelakon baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, nama aktres jelita, Fasha Sandha masih menjadi pilihan peminat untuk diangkat sebagai Pelakon Meletop.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 12:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Fasha Sandha tidak menyangka namanya masih menjadi pilihan peminat untuk diangkat sebagai pemenang anugerah Pelakon Meletop di Anugerah Meletop Era 2021 yang berlangsung malam Ahad lalu.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 38, dia hanya datang pada malam anugerah tersebut sebagai tanda sokongan tanpa mengharapkan apa-apa kemenangan. 

“Kemenangan ini saya tak jangka. Saya paling senior berbanding semua calon. Ini adalah rezeki anak-anak saya. Saya cuma menumpang rezeki mereka. 

Hari ini, masa saya datang saya tak letak sebarang harapan, sebaliknya saya pergi hanya untuk bersuka ria bersama rakan-rakan artis dan teman-teman media. 

Apabila nama saya dipanggil untuk anugerah Pelakon Meletop, saya kehilangan kata-kata. Saya tak sediakan apa-apa ucapan pun.

Untuk tercalon dalam Top 5 pun saya sudah gembira dan bersyukur sebab biarpun pelakon sekarang tumbuh bagaikan cendawan, tetapi saya masih ada tempat di situ,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media. 

Kata pelakon drama ‘Dendam Seorang Isteri’ ini lagi, dia menjangkakan Uqasha Senrose atau Uyaina Arshad yang akan memenangi anugerah itu kerana wajah mereka berdua kerap muncul di kaca televisyen. 

“Saya tahu ini bukan zaman saya. Setiap kali saya buka televisyen, saya lihat wajah Uqasha Senrose muncul di TV. Tapi inilah namanya rezeki,” katanya.

Ditanya adakah terdetik di hatinya untuk membawa pulang anugerah Pelakon Meletop itu, kata ibu kepada tiga orang anak ini perkara itu sama sekali tidak difikirkannya.

“Sejujurnya tidak. Sebab saya telah melalui fasa-fasa sering menerima anugerah satu ketika dahulu. Jadi berilah peluang kepada pelakon muda yang lain. Saya anggap seperti itu.

Rezeki ini adalah rezeki anak-anak saya, rezeki berkahwin dengan suami saya (Aidil Aziz) serta kepercayaan pengarah yang masih percaya dengan bakat lakonan saya biarpun saya baru sahaja melahirkan anak,” ujarnya.

Tambah Fasha lagi, kualiti kerja serta disiplin tinggi yang diterapkannya sepanjang bergelar pelakon adalah kunci utama setiap kejayaan yang dikecapinya sehingga ke hari ini. - Getaran, 1 Jun 2022.

Gambar: Helmi Anuar menggunakan Iphone 13 Pro 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN