web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramai Mahu Normala Samsudin Kembali Di Buletin Utama 

Ciapan tentang kemunculan barisan penyampai berita legenda di Buletin Utama seperti Zakiah Anas, Azmi Aziz dan Nurfarahin Jamsari menarik perhatian netizen. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 2:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suatu ketika dahulu, segmen berita TV3 iaitu Buletin Utama memang sering dinantikan ramai kerana berita-berita yang disampaikan sangat komprehensif dan penyampai-penyampai beritanya memiliki kredibiliti  dan menyampaikannya dengan penuh  karisma.

Tidak hairanlah mengapa ciapan tentang kemunculan barisan penyampai berita legenda di Buletin Utama yang dimuatnaik di platform media sosial Twitter telah berjaya menarik perhatian segelintir netizen.

 Apatah lagi bila, barisan penyampai berita legenda yang bakal muncul dalam segmen berita itu terdiri daripada Zakiah Anas, Azmi Aziz, Ezzah Aziz Fawzy, Fuad Rahman, Zainal Ariffin Ismail, Nurfarahin Jamsari dan Azura Abdul Karim. 

Netizen nampaknya cukup teruja melihat nama-nama penyampai berita lagenda ini di dalam ciapan yang disertakan dengan poster wajah-wajah mereka.  

Lebih-lebih lagi apabila mereka bakal bersiaran di Buletin Utama, setiap hari mulai 26 Mei (hari ini) sehingga 1 Jun sempena sambutan ulang tahun TV3 ke-38. 

Namun ramai juga yang tertanya-tanya mengapa penyampai berita seperti Wan Zaleha Radzi, Datuk Ras Adiba Radzi, Suhaimi Sulaiman, Anne Raj, Christine Ling, Kamaruddin Mape, Yusnani Yushak, Datin Norazlina Redzuan.

Namun, paling ramai meminta Puan Sri Normala Samsudin untuk kembali semula sebagai penyampai berita di Buletin Utama. 

Selain menjadi penyampai berita, dia juga turut mengendalikan program majalah wanita iaitu Nona di stesen televisyen tersebut. 

Apapun pihak TV3 bakal muncul dengan siaran akhbar rasmi mengenai kemunculan penyampai-penyampai berita legenda ini di segmen berita Buletin Utama. Tunggu berita selanjutnya. 

Gambar: TV3 dan Normala Samsudin IG 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Fadhlina Sidek Buat Kemunculan Istimewa Sebagai Pembaca Berita Bernama TV

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN