Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Air Mata Bella Astilah Tumpah, Kisah Anak Pengemis Sampah Di Sandakan Wujud! 

Tidak dapat menahan emosi, Bella yang juga berasal dari Sandakan, Sabah dengan penuh sebak memberitahu masalah yang wujud dalam kalangan anak-anak Kampung Sampah itu sudah lama. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 8:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti mana kehidupan kanak-kanak yang hidup di kawasan timbunan sampah di Mumbai seperti dalam filem 'Slumdog Millionaire', begitulah senario yang sama berlaku terhadap anak-anak pengemis yang menetap di Kampung Sampah di Sandakan, Sabah. 

Anak-anak sekecil dua tahun menanti dengan penuh gembira apabila munculnya lori sampah dan akan mengutip sampah-sampah yang punya potensi untuk dijual bagi menambah wang saku atau membantu keluarga meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Keadaan itu telah dipaparkan di dalam telefilem 'Sekolah Sampah' terbitan Arie Zahari Arie Zaharie Production Sdn Bhd yang memaparkan tentang kegigihan pemuda backpacker bernama Adam yang nekad mengetepikan impiannya untuk mengembara demi membantu kanak-kanak pengemis di Kampung Sampah untuk mendapatkan pendidikan dengan membina sebuah sekolah. 

Diarahkan Ebi Kornelis, telefilem 'Sekolah Sampah' yang diangkat dari kisah benar ini bakal bersiaran di Astro Citra pada 28 Mei, jam 9 malam ini dijayakan barisan pelakon, Aliff Aziz sebagai Adam, Bella Astillah sebagai Nureen dan Pasqueletta Joan Paulus. 

Sebagai anak kelahiran Sandakan Sabah sendiri, Bella Astilah menganggap usaha Arie Zahari Production untuk mengangkat kisah benar yang berlaku di Kampung Sampah dan mengetengahkan isu anak-anak yang tidak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan ini , wajar sekali dipuji. 

Tidak dapat menahan emosi, Bella dengan penuh sebak berkata: “Saya gembira dan berterima kasih dengan penerbit telefilem ini iaitu abang Arie kerana berani mengetengahkan isu sebegini. 

“Masalah di Sabah sangat besar. Bila buat cerita begini, saya harap ia akan dapat membuka mata banyak pihak. 

“Sebabnya ramai budak-budak di sana yang hidup dalam keadaan begitu dan tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan. 

“Mereka hadapi banyak masalah tentang cabaran hidup mereka dan terpaksa meneruskan kehidupan mengikut apa yang telah sedia ada,” katanya sambil menangis. 

Menurut Bella lagi, dia benar-benar berharap bahawa kewujudan telefilem Kampung Sampah ini akan dapat membuka mata masyarakat bahawa kehidupan daif anak-anak pengemis di Kampung Sampah ini benar-benar wujud. 

“Perkara ini sudah lama berlaku iaitu sebelum Bella lahir lagi. Pasti ada yang terkejut dan tertanya masih adakah keadaan seperti ini. 

“Ya memang ada. Banyak isu sebenarnya yang wujud termasuklah masalah warganegara dan pendidikan. 

“Selain memberikan mereka sokongan moral, saya harap akan ada pihak yang dapat membantu dan mempertimbangkan keadaan mereka,” katanya lagi. 

Membawakan watak sebagai Nureen iaitu pasangan kekasih Adam (Aliff Aziz), Bella berkata, wataknya tidak banyak dan tidak memerlukan dia untuk berada di set penggambaran di Kampung Sampah itu. 

“Saya memang cuba elakkan pergi. Bukan sebab saya tidak suka atau rasa tidak selesa. Tapi, bimbang saya akan menangis di situ. Bila orang di sana melihat keadaan saya, pasti mereka akan rasa pelik. 

“Bagi mereka, keadaan mereka itu okey. Mereka sudah happy dan biasa dengan keadaan mereka itu dan ia sering membuat saya berasa insaf. 

“Sebab kita punya banyak kelebihan hidup berbanding mereka. Dapat ke sana sini, naik kapal terbang. Tapi, bila pergi ke tempat mereka, elektrik tiada dan bilik air juga di luar. Saya berharap saya dapat membantu mereka,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2022


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 18 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

2

Selebriti 2 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

3

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

4

Semasa 5 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 10 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran