web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aespa Tersenarai 'Next Generation Leaders' Majalah TIME!

Anugerah yang diumumkan oleh majalah TIME itu merupakan penghargaan kepada individu atau pempengaruh yang telah mencipta satu fenomena baru untuk generasi akan datang.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 8:59AM

Gambar: Anthony Wallace/AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Aespa nampaknya baru sahaja menambah satu lagi kejayaan baharu apabila tersenarai dalam '10 Next Generation Leaders' majalah TIME tahun ini.

Anugerah yang diumumkan oleh majalah ikonik itu merupakan penghargaan kepada individu atau pempengaruh yang telah mencipta satu fenomena baru untuk generasi akan datang.

Selain Aespa, nama lain yang turut tersenarai ialah ketua pengarang Kyiv Independent Olga Rudenka, pelakon siri terkenal ‘Bridgerton’ Jonathan Bailey serta seorang YouTuber, Deepica Mutlaya. 

Pasukan TIME memilih Aespa selepas melihat persembahan mereka di pentas Coachella pada penghujung April lalu. Walaupun kumpulan itu kurang dua tahun berada di dalam industri muzik selepas debut, namun TIME berpendapat mereka mempunyai satu keunikan dalam persembahan muzik mereka. 

Ini kerana Aespa membawakan sebuah konsep unik di mana mereka mencipta sebuah sempadan antara dunia realiti dan virtual menggunakan avatar yang dikenali sebagai æ-aespa.

Bukan itu sahaja, di setiap kali persembahan, Aespa memang akan menekankan konsep ini agar penonton selesa dengan keseluruhan idea metaverse ini.

TIME turut menyingkap kembali kejayaan yang pernah dihasilkan kumpulan itu daripada album mini pertamanya, Savage. Album itu mencatatkan rekod tangga ke-20 dalam senarai Billboard 200.

Manakala video muzik pertama mereka iaitu 'Black Mamba' pernah mendapat 21.4 juta tontonan dalam masa 24 jam dan kini telah mencecah 220 juta tontonan, menjadikan video ini paling cepat mendapat jumlah tontonan tinggi dalam kalangan artis debut di Korea Selatan.

Apa yang lebih menarik lagi, selepas tiga tahun, Aespa bersama rakan-rakan pemuzik SM Entertainment lain, bakal mengadakan konsert besar-besaran untuk mencipta lebih banyak kenangan serta memperkuatkan pengaruh mereka seperti kumpulan K-pop yang lain.

Tahniah Aespa! - Getaran, 13 Mei 2022

Sumber: Soompi.com

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

SM Entertainment Nak Buka Cawangan Di Asia Tenggara, Adakah Malaysia Pilihan Mereka?

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Aespa Beraksi Di Pembukaan Wild Rift SEA Championship Grand Finals

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN