web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SM Entertainment Nak Buka Cawangan Di Asia Tenggara, Adakah Malaysia Pilihan Mereka?

SM Entertainment bercadang untuk melebarkan sayap dengan membuka sebuah cawangan syarikat mereka di Asia Tenggara.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 7:11PM

SM bercadang melebarkan sayap ke Asia Tenggara.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja SM Entertainment, siapa yang tidak kenal agensi berpengaruh yang melahirkan bintang Korea Selatan seperti Girls Generation, Super Junior, Shinee, EXO dan Lee Su-geun. 

SM Entertainment menjadi salah satu daripada ‘BIG 3’ iaitu gelaran yang diberikan oleh masyarakat Korea Selatan ke atas tiga syarikat iaitu SM Entertainment, YG Entertainment dan JYP yang berjaya mencipta fenomena industri K-pop (hallyu) di seluruh dunia pada hari ini.

Terkini, mereka bercadang untuk melebarkan sayap dengan membuka sebuah cawangan di Asia Tenggara. Cawangan ini akan bertindak sebagai pusat perniagaan yang akan menjual cendera mata, menjalankan perniagaan kafeteria dan semestinya mengadakan pelbagai pameran. 

Mereka telah pun membuat keputusan untuk memilih Singapura sebagai lokasi pejabat cawangan mereka. Pengasas SM Entertainment, Lee Soo-man juga berhasrat untuk mencipta sebuah kumpulan NCT baru di Singapura.

“Cawangan baru di Singapura ini juga akan mengelola projek usaha sama beberapa negara seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand, selain berkomunikasi dengan ibu pejabat mereka di Korea Selatan,” kata Lee Soo-man, yang dipetik dari CNN Indonesia. 

Bukan itu sahaja, mereka juga merancang untuk melebarkan sayap ke Timur Tengah. Mereka akan membentuk sub-unit NCT di pelbagai negara seperti NCT Saudi sehingga NCT Tokyo. 

Dalam perkembangan lain, mereka akan mengadakan kemunculan semula SuperM di awal tahun 2023. Kali terakhir kumpulan ini meluncurkan album adalah pada tahun 2020 di samping membuat sebuah dokumentari bagaimana Super Junior merubah industri K-pop dalam dokumentari bertajuk Super Junior: The Last Man Standing. - Getaran, 7 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 minggu yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN