Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selepas Pandemik, Bidang Penerbangan Banyak Peluang Kerja – Zarul Umbrella 

Zarul juga telah dilantik YEG Academy sebagai felo Meatech yang menawarkan pelbagai program diploma kepada bakal pelajar yang berminat menyertai dunia penerbangan. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 6:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi merancakkan kempen YEG Pesta Sambung Belajar #jangansalahpilihbidang, YEG Academy melantik pelakon popular, Zarul Umbrella sebagai felo Pusat Latihan Teknikal MEATECH (MEATECH) untuk berkongsi pengalamannya dalam bidang penerbangan bersama bakal pelajar.

Zarul pernah bertugas sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 16 tahun sebelum meletak jawatan untuk memberi fokus kepada bidang seni, selain aktif bertindak sebagai pempengaruh industri penerbangan. 

Menurut Zarul, pelajar bidang penerbangan hari ini mempunyai banyak kelebihan berbanding tenaga kerja berpengalaman dalam bidang tersebut.

“Semasa pandemik melanda dan seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai daripada pekerja penerbangan yang dibuang kerja dan ada yang bekerja tanpa gaji.

“Sepanjang dua tahun ini kebanyakan bekas pekerja penerbangan sudah bekerja dalam bidang yang lain termasuk ada yang memulakan perniagaan sendiri. 

“Senarionya berbeza pada hari ini apabila industri penerbangan kembali normal. Jadi, apabila industri penerbangan pulih dan mereka dipanggil bekerja semula, bukan semua akan kembali bekerja.

“Oleh itu, banyak ruang-ruang kosong yang boleh diisi pelajar-pelajar baharu ini. Satu kelebihan buat pelajar baharu ini, kerana mereka telah dilatih secara profesional oleh pensyarah yang sebelum itu memang pernah bekerja dan mengutip pengalaman dalam industri penerbangan,” katanya. 

YEG Academy telah berkolaborasi dengan MEATECH sejak 2018 serta menawarkan pelbagai program diploma dalam industri penerbangan dengan barisan tenaga-tenaga pengajar yang memiliki pengalaman puluhan tahun dalam industri penerbangan.

Antara program-program diploma dalam industri penerbangan yang ditawarkan kepada para pelajar adalah Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan, Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo, Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat.

Salah seorang pengasas YEG Academy iaitu Azizulhakim Suhaimi berkata, industri penerbangan tempatan menyumbang 3.5 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dan pihak IATA (The International Air Transport Association) telah mengeluarkan statistik bahawa industri penerbangan tempatan memerlukan 450,000 tenaga kerja.

“Fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa masa depan pelajar dalam bidang penerbangan cukup cerah. Peluang pekerjaan dijamin. Saya sedar sebelum ini kebimbangan timbul sama ada industri penerbangan mampu pergi jauh atau tidak memandangkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Namun, pada hari ini apabila pintu sempadan kembali dibuka dan industri penerbangan kembali normal peluang pekerjaan semakin banyak. Selama tiga tahun ini, seramai 3,500 pelajar kami telah keluar dan bekerja dalam syarikat-syarikat penerbangan serta syarikat perkhidmatan pengendalian darat tempatan serta Singapura. 

“Bahkan, YEG Academy dengan kerjasama MEATECH juga merupakan kolej pertama yang mewujudkan diploma khas untuk industri kargo.

“Apabila pandemik melanda, syarikat kargo sudah mula mengembangkan perniagaan mereka dan mereka memerlukan ramai tenaga kerja. Oleh itu, pihak kami dipanggil untuk mewujudkan diploma pertama dalam e-kargo untuk menyediakan tenaga profesional kepada syarikat penerbangan. 

“Ketika kami bermula, memang tidak dikenali, tetapi hari ini kami antara kolej yang mengeluarkan pelajar paling ramai yang bekerja dalam syarikat penerbangan. Kami berbeza dengan kolej lain kerana setiap kursus yang ditawarkan dipilih secara teliti supaya apabila pelajar menamatkan pengajian permintaan tenaga kerja dalam bidang yang dipelajari mereka masih tinggi,” katanya. - Getaran, 22 April 2022

Gambar: YEG Academy 
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

3

Jelajah 2 bulan yang lalu

Malaysia Airlines Tawar Tambang Istimewa, Serendah RM79 Sehala

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Pesawat Malaysia Airlines Melintasi Bumbung Rumah

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran