Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanis Zalikha Terima Kontrak Bernilai RM4.2 juta

Selebriti dan pempengaruh media sosial terkenal, Hanis Zalikha menerima kontrak lumayan bernilai USD1 juta atau RM4.2 juta sebagai duta kepada jenama pakaian Muslimah, Innersejuk. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 11:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan pempengaruh media sosial terkenal, Hanis Zalikha telah dilantik untuk menjadi duta bagi jenama pakaian Muslimah, Innersejuk dengan potensi kontrak bernilai USD1 juta atau RM4.2 juta.

Menurut Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam, pihak mereka telah bekerjasama dengan lebih dari 300 selebriti dan ‘influencer’ tempatan. Tetapi dalam banyak-banyak selebriti yang mereka pernah bekerjasama Hanis Zalikha paling menepati kriteria untuk diangkat sebagai duta jenama ini.

“Innersejuk memperjuangkan idea seorang wanita yang kuat dan memperkasakan wanita. Hanis merupakan seorang usahawan yang berjaya dan juga merupakan seorang ibu dan isteri. Pada masa yang sama dia berjaya untuk menggalas segala tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan elegan. Kami rasa dia memenuhi nilai jenama kami,” katanya ketika ditemui di majlis memperkenalkan Hanis Zalikha sebagai duta.

Ditanya tentang jumlah kontrak yang ditawarkan begitu tinggi nilainya, kata Azrul tujuan utama mereka adalah untuk memasarkan Innersejuk di luar negara dan menampilkan Hanis sebagai ‘influencer’ Muslimah yang bertaraf dunia. 

“Untuk memastikan kita ada influencer terbaik di dunia, kami perlu memastikan Hanis bersedia bekerjasama dengan kami untuk membawa jenama ini ke mata dunia. 

Sebenarnya jika dilihat dalam dunia modest fashion ini, Malaysia adalah antara negara terawal yang memulakannya. Sebelum orang anggap pakai tudung itu adalah bagus, cantik dan cool Malaysia antara yang mula memperkenalkan trend ini dengan lambakan blogger dan influencer yang membuat tutorial tudung.

Tetapi malangnya, kita tidak memberikan kuasa yang sepatutnya kepada bakat tempatan. Jadi kerjasama dengan Hanis diharapkan dapat menaikkan nama Innersejuk dan nama Hanis serta modest fashion di peringkat global.

Durasi kontrak yang dipersetujui adalah selama setahun. Tetapi jika ada penyambungan ianya akan bergantung kepada prestasi kerjasama ini sepanjang setahun. Paling penting adalah untuk kita lihat balik macam mana dalam tempoh satu tahun ini sekurang-kurangnya kita ada the most well paid muslim’s influencer in the world. Jika kita bandingkan dengan kontrak supermodel Muslim pun saya tidak rasa mereka dapat nilai kontrak seperti ini,” ujarnya. 

Sementara itu bagi Hanis pula, dia mengakui ini adalah tawaran paling lumayan yang pernah diterimanya sepanjang bergelar selebriti dan influencer

“Saya sangat berbesar hati bila mendapat tawaran seperti ini kerana seperti yang semua tahu saya sudah lama tidak aktif dalam bidang seni. Tetapi bila dapat tawaran besar seperti ini saya rasa macam saya masih boleh sumbangkan sesuatu untuk jenama lain.

Kenapa saya terima untuk menjadi duta kepada Innersejuk bukan terletak kepada nilai kontrak itu semata-mata. Saya berbesar hati nak pegang amanah ini dan bawa visi jenama ini kerana nilai yang mereka letakkan kepada diri saya. 

Jika sebelum ini saya dilantik menjadi duta jenama lain atas kapasiti seorang selebriti, sebaliknya Innersejuk mahukan sumbangan saya dari segi idea, visi dan apa sahaja yang saya boleh berikan. Sewaktu mereka mengambil saya, mereka sedar semua ‘peranan’ dalam kehidupan saya maksudnya jenama-jenama yang pernah bekerjasama dengan saya. Mereka mahukan komitmen itu, mereka nampak dan mereka tahu apa yang mereka nak dan apa yang saya boleh tawarkan. Dan perkara itu jelas kelihatan bila mereka buka nilai kontrak,” katanya.

Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru. Dalam kempen tersebut, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai. Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk.

Fabrik Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak dan lebih tebal daripada telekung biasa. Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya. - Getaran, 14 April 2022

Gambar: Shang Ri La Press
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

3

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran