web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Azwan Ali Sudah Selesai - CEO Awesome TV

Pihak Awesome TV memberitahu pembayaran penuh telah pun dibuat pada hari yang sama beliau digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 11:28AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja namanya digugurkan daripada menjadi pengacara Mic On! di Awesome TV, pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA telah menuntut baki bayaran sepanjang 10 minggu berkhidmat dalam program tersebut. 

Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut baki bayaran untuk program Mic On!, pihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan tersebut kerana pembayaran penuh telah pun dibuat pada hari yang sama beliau digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pembayaran penuh untuk 10 minggu telah dibuat walaupun Azwan Ali cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh 6 minggu sahaja. 

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat beliau juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. 

“Kami beranggapan isu bayaran untuk program Mic On! sudah pun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. 

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program Mic On! yang masih berbaki empat minggu lagi,” katanya. 

Menurut Adam lagi, seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan stesen tersebut. 

“Mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham, bagi memeriahkan lagi konsert mingguan Mic On!

Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini. Mic On! bersiaran pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112. - Getaran, 11 Mac 2022

Gambar: Awesome TV 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN