web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas 'Sempurna', Insomniacks Bakal Kolaborasi Dengan Yonniboii 

Insomniacks mengakui bahawa mereka perlu memperbanyakkan kandungan-kandungan digital mereka terutama di TikTok untuk kekal relevan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 5:02PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai sebuah band muzik bergènre pop rock, Imsomniacks sememangnya mahu menonjolkan kepelbagaian dalam muzik mereka. Namun, pada masa yang sama terpaksa akur dengan kecenderungan peminat muzik tempatan terhadap lagu balada. 

Dianggotai Syed Mir Iqbal Syed Adeli (Iqie) selaku vokalis dan gitar utama; Ahmad Danial Ahmad Roslan (Danial) gitar ritma; Wan Arif Iskandar Adnan (Iskandar) pemain bass dan Gavin Wong (Gavin) pemain dram, Insomniacks kini muncul dengan sebuah lagi genre balada yang baharu iaitu 'Sempurna'. 

'Sempurna' yang tercetus selepas Insomniacks menggegarkan industri muzik tempatan dengan lagu berjudul ‘Pulang’ sekitar empat tahun lalu mengisahkan tentang perasaan seseorang   saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna.

Daniel berkata, sewaktu menulis lagu ini, ia sepatutnya menjadi lagu cinta yang biasa tetapi kemudian mereka cuba menyuntik sedikit plot twist dalam penghasilan lagu tersebut. 

“Kami cuba selitkan unsur putus cinta untuk memberikan kelainan. Penceritaannya bukanlah diambil daripada kisah sendiri atau sesiapa dalam band muzik ini. 

“Ia hanyalah sebuah cerita bagi menggambarkan tentang perasaan dan kebiasaannya cerita sebegini mudah untuk  dikaitkan dengan sesiapa yang pernah atau sedang melaluinya. 

“Kalau hendak diikutkan, kita mahu luncurkan single 'Sempurna' ini pada tahun lalu. Tapi, atas kesilapan yang kami lakukan sendiri sewaktu proses rakaman dilakukan, kami terpaksa meminta pihak produksi untuk membenarkan kami masuk ke studio semula untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.  

“Perkara yang berlaku itu menyebabkan single ini tertangguh di pasaran. Tapi, kami bersyukur kerana pihak produksi amat memahami perkara tersebut malah mereka turut membantu kami dalam keseluruhan proses tersebut,” katanya. 

Sempurna yang ditulisp oleh mereka berempat turut hadir dengan sebuah video muzik terbitan pihak Atypical Visual. 

Iskandar menjelaskan, penghasilan muzik video ini menggunakan konsep asas yang mencerminkan kehidupan biasa pasangan. 

“Disebabkan itu, elemen makan dan lepak bersama diselitkan. Kita cuba gambarkan suasana yang sempurna. 

“Bahkan kita juga menggunakan beberapa warna untuk menggambarkan keadaan yang berbeza dalam muzik video ini. 

“Idea ini diperolehi Iqie selepas dia menonton sebuah siri. Jadi kita cuba meminta pengarah untuk menggunakan konsep tersebut,” katanya. 

Sedutan lagu ini di platform Instagram Reels sudahpun mencecah 50,000 tontonan dan dijangka akan terus meningkat. 

Jelas Iqie pula, mereka tidak pernah meletakkan sebarang strategi untuk memastikan lagu 'Sempurna' akan meraih sambutan yang hangat pendengar muzik. 

“Apa yang kami lakukan hanya sekadar mahu hasilkan muzik yang baik sahaja. Kalau orang suka, ia bonus. Kalau tidak, kami akan hasilkan karya yang lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya. 

Namun apa yang pasti, Gavin menjelaskan, mereka tidak mahu berkompromi dengan kualiti muzik yang dihasilkan. 

“Memang ramai yang mahu kami hasilkan lagu seperti 'Pulang. Tapi, sebagai band muzik, kami mahu terus hasilkan pelbagai jenis muzik dan bereksperimentasi dengan bunyian baharu tetapi masih mengekalkan identiti muzik Insomniacks itu sendiri.

“Oleh itu, kami harap selain lagu yang bergenre balada, peminat dan pendengar muzik juga dapat menerima muzik kami yang lain,” katanya. 

Insomniacks bagaimanapun mengakui mereka perlu memperbanyakkan kandungan digital terutama di Tik Tok agar kekal relevan.

“Antara perancangan kami adalah untuk menghasilkan ‘Cabaran Duet’ dan versi akustik 'Sempurna' menerusi gitar atau piano di Tik Tok. 

“Kami juga dalam persiapan untuk menghasilkan karya baharu dan juga sebuah lagu kolaborasi bersama peminat kami. 

“Kolaborasi bersama artis lain pula barangkali Yonniboii. Bagi kami, dia mempunyai stail dan liriknya juga ada stail. Rasanya dia faham muzik kami dan apa yang kami mahukan,” kata Iskandar lagi. 

Sempurna boleh distrim di semua platform digital sejak 14  Februari lalu, dengan sebuah video lirik pada tarikh yang sama di saluran YouTube mereka. Manakala muzik video rasmi lagu ini telah mula ditayangkan di saluran YouTube mereka pada tanggal 25 Februari lalu. 

Nama Insomniacks tercetus apabila Daniel berhadapan masalah insomnia dan sewaktu pertama kali menyertai gigs, mereka terpaksa menghantar borang penyertaan dengan nama band mereka. 

Tidak dapat tidur kerana memikirkan nama band apa yang harus dipilih, akhirnya mereka memutuskan untuk menggunakan nama Insomniacks. - Getaran, 10 Mac 2022

Gambar: Universal Music 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN