web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ini Reaksi Shila Amzah Saat Ditanya Tentang 'Tweet' Sharnaaz

Ciapan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad mengenai persembahan Shila Amzah dan SOG mendapat perhatian netizen.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36) telah pun melabuhkan tirainya pada malam Ahad lalu sekali gus menyaksikan lagu 'Pelukan Angkasa' dendangan Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah muncul sebagai juara. 

Tidak dinafikan persembahan mantap mereka berjaya memukau penonton yang menyaksikan AJL36 sehingga ramai meramalkan lagu ini akan bergelar juara.

Di Twitter ramai netizen membuat ciapan mengenai persembahan 'Pelukan Angkasa' sehingga nama Shila Amzah menjadi sohor kini.

Disebalik ciapan-ciapan warga Twitter, terlihat satu ciapan yang menarik perhatian ramai daripada aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad. 

 “SOG dan Shila ('Pelukan Angkasa'), kalau tak menang, baik bubar je AJL,” tulis Sharnaaz dalam ciapannya itu. 

Selepas keputusan pemenang diumumkan, Sharnaaz sekali lagi memuat naik ciapannya dengan menulis “Done, tak perlu bubar AJL36. Tahniah Sha dan SOG”.

Ciapan Sharnaaz itu nyata mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen sehingga ada yang memberikan komen-komen usikan nakal kerana kedua-dua mereka pernah mempunyai sejarah hubungan cinta kira-kira 10 tahun lalu. 

Shila sewaktu ditemui di sidang media sejurus tamat AJL36 diajukan soalan tentang status ciapan Sharnaaz dan nyata terkejut dengan respons bekas kekasihnya tentang persembahannya pada malam itu.

Dia cakap macam tu? Kita tak sangka. Nasib baik menang, jadi tak payah bubar,” jawabnya sambil ketawa. 

Tambah Shila lagi, dia menghargai komen positif Sharnaaz dan mereka berdua tidak pernah bermusuhan. 

Ditanya tentang usikan nakal netizen yang mahu melihat mereka berkawan semula kerana masing-masing sudah kembali solo, Shila meminta supaya netizen tidak membuat permintaan seperti itu kerana dia masih dalam edah.

"Janganlah, kita masih dalam edah. Tapi orang sentiasa mendoakan. Saya tak mengaminkan ataupun mengiakan mahupun menidakkan kerana kata-kata kita ini kadang-kadang boleh membawa musibah kepada diri sendiri. Jadi, saya ambil semuanya secara positif,” jelasnya. 

Ditanya andai dia boleh membalas ciapan Sharnaaz apakah yang akan ditulisnya, jawab Shila, “I’m Speechless!”. - Getaran, 9 Mac 2022

Gambar: Instagram @shahilaamzah dan sharnaazahmad

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Insya-Allah, Mamu Tak Buat Hal Lagi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Mamu' Bebas Tuduhan Cederakan Pengawal Keselamatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN