web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Ini Keputusan Tidak Gentleman" - Cerita Penuh Eizlan, Idham Diberhentikan

Ada pihak turut mendakwa perkhidmatan Ahmad Idham dan Eizlan Yusof ditamatkan memandangkan masing-masing bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan tiket Bersatu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 7:51PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berkhidmat bersama Kementerian Luar selama 4 bulan, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri masing-masing bingung sebaik sahaja menerima surat penamatan perkhidmatan jawatan yang berkuatkuasa dalam tempoh 24 jam pada Isnin. 

Menurut mereka dalam sidang media menerusi platform Zoom sebentar tadi, surat yang bertarikh 23 Februari itu juga dikeluarkan semasa Idham sedang menjalani tempoh kuarantin apabila ahli keluarganya disahkan positif COVID-19.

 

Di mana silap kami?

“Apa yang dikatakan mengenai surat penamatan perkhidmatan itu memang betul berlaku. Kami sendiri  tidak tahu apa sebab kami ditamatkan perkhidmatan. Seminggu sebelum itu kami masih lagi bermesyuarat untuk sebuah projek kemanusiaan. 

“Dalam kontrak memang ada menyebut pihak majikan boleh menamatkan kontrak 24 jam dengan sebulan gaji pampasan. Cumanya, kalau mengikut tatacara kerajaan, jika ada apa-apa perkara yang tidak kena, pihak majikan boleh beri teguran, memberi surat amaran atau panggil pekerja untuk tindakan tatatertib. 

“Malangnya, perkara itu tidak berlaku kepada saya. Saya diberitahu ada sepucuk surat sampai kepada saya yang bertarikh 23 hari bulan. Tarikh itu juga saya dan keluarga sedang menjalani kuarantin,” dedah Idham yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri.

Turut menerima nasib yang serupa ialah Eizlan Yusuf yang sebelum ini dilantik sebagai perunding kreatif kementerian yang sama. Eizlan mengakui sedikit ralat kerana keputusan ini yang dilakukan secara tiba-tiba tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

“Ini keputusan tidak ‘gentleman’ oleh menteri. Kita masuk cara baik jadi apalah salahnya kalau hendak tamatkan perkhidmatan pun cara yang sama atau panggil berbincang. Kami menghormati keputusan menteri. Cuma sedikit ralat kerana kami tak tahu atas sebab apa perkhidmatan kami ditamatkan. 

“Kami ikut semua arahan menteri dan patuh pada tugas masing-masing. Namun begitu, impak penamatan perkhidmatan ini tidak begitu besar kepada saya kerana saya dilantik sebagai sukarelawan yang tidak dibayar gaji. Saya tak menerima elaun apapun malah wang sendiri yang saya keluarkan. Tapi saya sanggup bersama kementerian kerana rasa bertanggungjawab kepada industri,” kata Eizlan.

 

4 bulan cuba bantu industri

Menurut Idham lagi, mungkin ramai yang tidak menyedari usaha yang dilakukannya untuk membantu industri kreatif negara sepanjang 4 bulan bersama kementerian.

“Tugasan saya adalah untuk mewujudnya satu unit baru di bawah kementerian iaitu unit Diplomasi Budaya Malaysia sebagai penghubung antara kementerian dan 130 duta kita di luar negara bagi tujuan mempromosikan produk dan tempatan. Inilah yang dilakukan oleh Korea Selatan dan kita sedang mengikuti strategi yang sama.

“Proses untuk mewujudkan unit ini tidak mudah kerana kita perlu perincikan tugasan, gaji yang sememangnya mengambil masa yang lama. Kita kena pergi JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).  Proses ini selalunya akan memakan masa selama 6 bulan. Tapi saya berjaya siapkan dalam 4 bulan sahaja. Beberapa projek juga sudah dalam perancangan,” katanya.

 

Gara-gara mahu terlibat politik

Bukan itu sahaja, ada pihak yang turut mendakwa perkhidmatan mereka ditamatkan memandangkan masing-masing bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan tiket BERSATU. 

“Menteri tahu pendirian kami tentang politik dan tidak menghalang kami untuk menghadiri sebarang aktiviti politik. Ada yang mengatakan saya ingin bertanding di Pahang. Saya tak pernah pun berkata demikian. Kalau betul saya nak bertanding, saya jumpa Muhyiddin terus,” kata Idham.

Namun begitu, pengarah Pencuri Hati Mr. Cinderella ini tidak menolak sebarang kemungkinan jika ditakdirkan untuk menyertai politik pada masa mendatang.

“Ramai tahu yang saya memang suka melakukan kerja sukarelawan, tak kiralah melalui persatuan atau parti politik. Namun, jika ditakdirkan ini petanda untuk saya memasuki arena politik, saya nak masuk dengan ilmu yang nyata. Jika saya ingin bergerak secara serius dalam politik, saya pasti akan dedahkan,” tambahnya.

“Dan saya akan menjadi ketua kempen,” celah Eizlan dan mereka ketawa.

Selepas berita penamatan perkhidmatan, masing-masing berasa teruja untuk kembali bergiat di dalam industri.

Untuk rekod, pada 1 November tahun lalu, Ahmad Idham dan Eizlan dilantik oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra untuk mencari lebih banyak cara bagi membantu menggalakkan promosi dan pertukaran budaya Malaysia. - Getaran, 4 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Tidak Akan Layan Tuntutan Remeh Mana-Mana Pihak Ke Atas Sabah

4

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Diminta Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Kempen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN