web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akhiri Status Bujang, Luca Sickta Nikah Gadis Sabah

Memegang tanggungjawab besar sebagai suami, Luca mengakui perlu mendidik isterinya untuk mendalami agama Islam. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 6:51PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin ramai artis tempatan menamatkan zaman bujang mutakhir ini dan Luca Sickta juga tidak terkecuali. 

Penyanyi dan rapper berusia 33 tahun ini  telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan produser stesen radio Era FM Sabah, Nur Robecca Ruth Robert Abdullah, 30, pada jam 10 pagi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, hari ini. 

Pasangan yang mengenakan persalinan putih sedondon itu dinikahkan imam masjid berkenaan, Hassan Sapar berwakilkan dua saksi. 

Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar.

"Pada awalnya, majlis akad nikah ini sepatutnya diketuai bapa saudara Robecca tetapi malangnya dia disahkan positif COVID-19 dan terpaksa digantikan oleh imam masjid di sini. 

"Walaupun berdepan dengan cabaran tapi saya bersyukur kerana majlis akad nikah ini akhirnya berjalan dengan lancar. 

“Memandangkan kes COVID-19 masih tinggi, majlis pernikahan ini terpaksa diadakan secara sederhana sahaja,” katanya. 

Luca turut menganggap pernikahannya itu sebagai satu fasa baharu dalam hidupnya. 

“Saya kini memegang tanggungjawab besar sebagai suami selain perlu mendidik isteri mendalami Islam. Robecca baru sahaja memeluk Islam setahun lalu,” katanya. 

Luca Sickta menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 manakala tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga. 

Menurut Luca, dia mula mengenali Robecca sekitar setahun lalu ketika berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja. 

"Perkenalan kami memang singkat tapi saya selesa berkawan dengannya kerana kami mempunyai  pemikiran dan hala tuju yang hampir sama. 

"Lagipun hubungan yang dibina bukanlah sekadar 'cinta monyet' atau nak bersuka ria. Umur kami pun sudah mencecah 30-an, jadi fokus kami lebih kepada masa depan dan melalui kehidupan bersama-sama. 

"Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana hubungan ini mendapat restu kedua ibu bapa Robecca. Malah, bapanya sendiri yang memberi galakan dan sokongan untuk Robecca memeluk Islam. 

"Cuma sekarang ini, tugas saya pula untuk memastikan Robecca mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan. 

“Saya pun tidak mahu terlalu tegas dalam mendidiknya, tapi hal yang wajib dia perlu ambil tahu," katanya. - Getaran, 3 Mac 2022

Gambar: Universal Music 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN