web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Bukan Jenis Bersujud Pun Nak Muat Naik Di Instagram”- Puteri Balqis

Kenyataan yang dikeluarkan pelakon popular Puteri Balqis mengundang salah faham netizen sehingga dilabel terpesong akidah. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenyataan pelakon cilik, Puteri Balqis,15, tentang cara dia mendekatkan diri dengan Tuhan melalui puisi telah disalah erti banyak pihak.

Disebabkan kenyataan yang dikeluarkannya itu, ramai beranggapan bahawa pelakon drama ‘Akulah Balqis’ ini terpesong akidah.

Namun, jelas pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 ini, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu adalah tidak benar kerana dia ada cara tersendiri untuk mendekatkan diri dengan tuhan. 

“Maksud kenyataan itu adalah itu cara saya tunjukkan cinta saya terhadap Tuhan di media sosial. Di platform ini saya mendekati Tuhan melalui puisi.

"Apabila di rumah yang lebih privasi, di situlah kami berdoa sebab saya bukan jenis yang akan muat naik bersujud di Instagram. Saya bukan jenis orang seperti itu.

"Di rumah, saya mendekati Tuhan, menangis semuanya bersama ibu. Doa-doa kami tiada orang yang dengar dan kami bukan jenis yang suka muat naik perkara sebegitu di media sosial,” jelasnya.

Ditanya tentang perselisihan faham di antaranya dengan seorang lagi pelakon cilik iaitu Mia Sara, Balqis menganggap perkara itu telah selesai. 

“Saya telah luahkan apa yang saya rasa dalam satu karangan. Saya juga sudah minta maaf, jadi kini saya sudah back to normal dan bekerja seperti biasa. Cuma waktu itu saya terasa hati kerana dia libatkan ibu saya.

"Mungkin ramai berkata dia cuba mempertahankan saya, tetapi saya nampak dia ada 'Like' komen-komen yang menghina ibu saya. Jadi saya agak terasa tentang hal itu. Tetapi kini saya tidak mahu perkara itu terjadi lagi. Selepas ini kami buat hal sendiri," ujarnya.

Ditanya adakah Mia Sara ada menghubunginya secara peribadi bagi memohon maaf berikutan kejadian itu, kata Balqis tiada sebarang panggilan diterima daripada pelakon itu. 

Baru-baru ini ada penerbit berminat menggandingkan mereka berdua dalam sebuah drama. Ditanya adakah dia sudi untuk berlakon bersama Mia, kata Balqis dia bersikat terbuka.

“Kami telah lama berlakon tetapi baru sekarang tiba-tiba ada pihak yang mahu menggandingkan kami. Saya pun tak tahu nak zahirkan apa yang saya rasa. Tetapi kalau ada masa, saya terima,” katanya.  

Menyentuh perkembangan terkini kerja seninya, Balqis bakal muncul dengan filem seram terbaharu berjudul Rumah dimana dia bergandingan dengan Erra Fazira sebagai ibu dan anak. Naskhah arahan mendiang Kay itu akan menemui penonton 24 Februari ini. - Getaran, 16 Februari 2022. 

Foto: Instagram @morosechild

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN