web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fasha Sandha Inspirasi Aidil Aziz Jadi Aktor Berkualiti Dan Berdisiplin

Kata Aidil, disiplin dalam bekerja sangat penting kerana ia dapat membantu seseorang pelakon itu kekal lama di dalam industri.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi suami kepada aktres Fasha Sanda yang cukup dikenali dengan tahap disiplin tinggi di set lokasi dan sentiasa menjaga kualiti lakonan sedikit sebanyak menyuntik semangat serta inspirasi buat aktor Aidil Aziz untuk mengikuti jejak langkah yang sama. 

“Sememangnya dia (Fasha) banyak mempengaruhi diri saya untuk menjaga kualiti lakonan dan disiplin sewaktu bekerja. Apa yang ada pada dia itu saya ambil untuk jadikan lebih baik. 

“Disiplin dalam bekerja sangat penting untuk memastikan kita sebagai pelakon dapat kekal lama di dalam industri. 

“Macam mana bagus pun kita berlakon, tapi kalau kita tidak menjaga disiplin waktu dengan baik serta memiliki masalah pergaulan di set lokasi, ia tidak akan disenangi seluruh krew produksi. Kita harus bijak meletakkan diri kita di tengah-tengah,” katanya kepada Getaran. 

Aidil berkata demikian sewaktu diwawancara secara maya tentang penglibatannya dalam drama bersiri 'Tumpang Lalu Bang' arahan Eoon Shuhaini dan skrip oleh Wan Mahani. 

Drama bersiri terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd itu sudah pun bersiaran menerusi slot Diandra, TV9 setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam sejak 2 Februari lalu. 

Ia turut dijayakan barisan pelakon popular tanah air seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Qi Razali, Danial Dashuki dan Ziana Zain.

'Tumpang Lalu Bang' berkisar mengenai ujian dan cabaran yang perlu dilalui seorang pemuda bernama Nizam (Tomok) untuk mendapatkan restu daripada restu ibu dan lima abang kepada gadis bernama Sofiah (Kilafairy) yang amat dicintainya.

Untuk mengahwini Sofiah, Nizam perlu mendapatkan restu lima abang-abangnya iaitu Sufian lakonan Aidil Aziz, Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki) yang amat melindungi adik perempuan kesayangan mereka itu. 

Membawakan watak sebagai Sufian, Aidil berkata, dia membawakan watak sebagai abang sulung kepada enam beradik, yang mana lima daripadanya adalah lelaki dan adik yang paling bongsu adalah perempuan. 

“Black Hanifah adalah anak yang kedua, Raja Afiq (anak ketiga), Afzan A. Rahman (anak keempat) dan Danial Dashuki (anak kelima) manakala Kilafairy (anak keenam). 

“Watak sebagai Sufian sebenarnya sangat berbeza dengan diri dan perwatakan sebenar saya. Dalam kehidupan sebenar, saya bukanlah anak sulung tapi anak nombor dua. 

“Tapi, dalam drama bersiri ini, saya kena pegang watak sebagai anak sulung yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk sebuah syarikat. 

“Jadi, saya kena matangkan diri dan pemikiran saya sebagai anak sulung dan orang yang berjaya dalam dalam dunia korporat,” katanya kepada Getaran. 

Jelas Aidil lagi, selalunya abang yang sulung ini sangat garang dan terlalu melindungi adik-adiknya, namun dalam drama bersiri 'Tumpang Lalu Bang' ini, watak abang sulung ini diberi perubahan. 

“Walaupun dia tegas tapi dia banyak beri muka dan manjakan adiknya. Dia juga akan membantu memberikan panduan terhadap sesuatu perkara, apa yang betul dan apa yang tidak.

“Ia memang berbeza dengan watak sebenar saya dan agak mencabar juga untuk saya bawakan tapi pada masa yang sama, saya menyukai cabaran tersebut,” katanya lagi.

Sambung Aidil lagi, dalam drama bersiri ini juga, dia sebenarnya adalah satu-satunya abang yang mempunyai hubungan paling baik dengan Nizam. 

“Watak saya ada bagi satu cabaran kepada Nizam tapi dia jugalah yang paling 'ngam' dengan kekasih kepada adik perempuannya itu. Dan, ada sebab juga yang menyebabkan mereka rapat. Yang paling banyak membuli Nizam sebenarnya adalah Sobri (Black Hanifah),” katanya. 

Memandangkan pengambaran drama bersiri ‘Tumpang Lalu Bang’ ini mengambil tempoh masa dua bulan lebih untuk disiapkan, Aidil mengakui bahawa hubungan dengan pelakon-pelakon lain secara tidak langsung menjadi rapat. 

“Malah, disebabkan terlalu lama berada di lokasi, dalam tak sedar kami sendiri sudah rasa yang kami ini seperti adik-beradik. 

“Sebabnya saya kena tetapkan diri saya sebagai abang long dan mereka yang lain ini pula adalah adik-adik saya. 

“Dulu saya pernah kerja dengan Kilafairy dalam sebuah produksi drama. Dia adalah heroin saya. Tapi dalam drama bersiri ini, dia jadi adik saya dan saya pula dah anggap dia macam adik saya. 

“Satu lagi, kami juga menggunakan nama panggilan kami dalam drama sewaktu berada di set lokasi. Jadi, itu juga yang menyebabkan hubungan sebagai adik-beradik dalam siri ini jadi lebih berkesan lagi,” katanya. 

Menyentuh tentang momen-momen menarik di dalam drama bersiri ‘Tumpang Lalu Bang’, Aidil berkata, produksi ini dipenuhi dengan ramai penyanyi iaitu Tomok, Black, Ziana Zain dan Kilafairy. 

“Bila kami stres sahaja kami akan suruh mereka nyanyi. Yang selalu kena, Black dengan Ziana Zain. Bila mereka penat, mereka sendiri akan nyanyi.

“Jadi, kita dapat dengar mereka menyanyi secara percuma. Tak payah bayar. Itu yang seronoknya bila ada ramai penyanyi di dalam set lokasi ini,” katanya lagi sambil tertawa. - Getaran, 15 Februari 2022

Gambar: Laman Facebook Aidil Aziz dan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Impak Maksima! Ziana Zain Kekal Unggul, Pukau 5,000 Peminat Dengan 20 Lagu Hits

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ziana Zain Dilantik Sebagai Duta Akademi Perunding Kewangan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN