web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kita Sedang Bunuh Industri Dengan Kebodohan Ini” - AC Mizal 

Penyanyi dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal mengkritik sebuah program televisyen yang dikatakan sengaja memilih peserta bersuara sumbang.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat mempersendakan program muzik di Malaysia, itulah yang boleh disimpulkan tentang penyertaan usahawan terkenal iaitu Iqbal dalam program Big Stage 2022.

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, merupakan usahawan yang sering kali mencetuskan kontroversi murahan dan acap kali dikaitkan dengan teman seperjuangannya, Datuk Seri Vida.

Namun, penyertaannya di Big Stage 2022 telah mengundang kecaman ramai kerana telah mencalarkan kredibiliti program yang mengangkat bakat-bakat baru dunia nyanyian di nusantara. 

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan penonton tetapi juga penggiat industri seni di Malaysia termasuklah Datuk AC Mizal. 

Menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik beliau di laman Facebook, pengacara Maharaja Lawak Mega itu dilihat seakan menyindir isu yang sedang terjadi di program Big Stage 2022.

“Bagilah betul-betul peluang kepada yang boleh menyanyi. Kenapa sekarang nak sangat jadi viral dengan perkara negatif?,” tulisnya. 

Tulis bekas anggota kumpulan 4U2C ini lagi, perkara sebegini sangat memalukan dan betul-betul merosakkan industri seni.

Biarpun beliau tidak menyatakan mana-mana nama di dalam statusnya itu, ramai sudah boleh meneka siapa dan program apa yang dimaksudkan.

Status itu mendapat hampir 4,000 tanda suka, lebih 400 komen balas dan 126 perkongsian semula. Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh AC. - Getaran , 9 Februari 2022.

Foto: Instagram @emyliadac

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 3 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 4 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN