web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shila Amzah Sah Bercerai

Penyanyi popular, Shila Amzah sah bercerai semalam selepas tidak lagi tinggal sebumbung dengan pasangannya sejak hujung tahun lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 11:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mendedahkan dirinya dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak hujung tahun lalu, akhirnya semalam (Selasa) penyanyi terkenal, Shila Amzah sah bercerai dengan Haris Idraki Elias.

Berita mengenai perceraiannya itu dikongsikan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, menerusi sebuah hantaran di Instagram. 

Alhamdulillah, kes Sha dan bekas suami dah selesai tadi (semalam). Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth (anak lelaki mereka) sampai bila-bila. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya di bahagia kapsyen.

Sementara itu menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Insta Story, Shila menjelaskan bahawa semua orang yang berkahwin mahu mencari kebahagian bukannya untuk berpisah. 

"Tiada orang di dalam ini yang berkahwin untuk bercerai. Apa sahaja kemungkinan dan kemudaratan yang berlaku kepada diri kita , pasti ada hikmahnya. Jadi let’s move on dan buat yang terbaik teruskan kehidupan,” katanya. 

Shila dan Haris telah berkahwin pada April 2018. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia setahun lebih. - Getaran, 9 Februari 2022

Gambar: Instagram @shahilaamzah

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara