Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Pengarah Perlu Berani Ambil Pelakon Pelbagai Bangsa”- Yassin

Jika ada pelakon diambil daripada kaum berbeza sekalipun, jarang etnik ini dipaparkan sama rata dalam karya. Pasti ada etnik yang nampak lebih menonjol dan mendominasi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 3:03PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak Yassin Yahya merasakan sudah masanya pengarah tanah air keluar daripada zon selesa dengan berani mengambil lebih ramai pelakon daripada pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia. 

Kebanyakan filem yang dihasilkan di Malaysia selalunya kurang aspek representasi kaum sedangkan negara kita kaya dengan kepelbagaian kebudayaan etnik dan bangsa. Jika ada pelakon diambil dari kaum berbeza sekalipun, jarang etnik ini dipaparkan sama rata dalam karya. Pasti ada etnik yang nampak lebih menonjol dan mendominasi.

Bercakap tentang pengalamannya membintangi filem Nasi Lemak 1.0 arahan pengarah kontroversi Namewee, Yassin menyifatkan ia pengalaman menyegarkan apabila melihat pelbagai bangsa bekerjasama dan bersatu untuk sebuah karya yang mengangkat tema kehidupan seharian rakyat Malaysia.

“Kali ini saya rasa benar-benar seperti anak seni Malaysia. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan pengarah Melayu dan India tetapi inilah kali pertama membintangi filem yang dihasilkan oleh sutradara Cina berbakat besar iaitu Namewee. Saya rasa seperti sudah lengkap.

“Kita sebenarnya perlukan lebih ramai pengarah yang berani untuk ambil pelakon daripada pelbagai kaum dalam karya mereka. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan kerana kaedah penggambaran sama sahaja,” kata Yassin ketika ditemui di sesi tayangan perdana Nasi Lemak 1.0 di DADI Cinema, Pavilion baru-baru ini.

Biarpun pengarahnya, Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee pernah berdepan dengan beberapa siri kontroversi sebelum ini, Yassin tidak teragak-agak untuk bersetuju membintangi filem terbaharunya kerana yakin terhadap bakat dan cara kerja ditonjolkan Namawee.

“Saya tahu Namawee pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi sebelum ini. Namun, melihat jalan cerita dan misinya untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam filem ini, saya bersetuju untuk terlibat dengan projek ini. 

“Kalau betul dia sekadar nak ambil hati, kita boleh tahu. Mesti dia tak ambil pun orang Melayu berlakon dalam filem dia. Sepanjang bekerja dengannya, saya tengok dia seorang yang positif dan tidak kekok untuk bergaul dengan sesiapapun,” tambahnya. 

Nasi Lemak 1.0 merupakan filem sekual kepada naskah pecah panggung Nasi Lemak 2.0 yang pernah ditayangkan di pawagam 11 tahun lalu. Dengan bajet RM1 juta, filem tersebut tersebut berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM7 juta sepanjang tayangan.

Filem sekual ini mengisahkan seorang chef bernama Hero Huan berentap dengan lawanya iaitu chef Lan Qiau bagi menghasilkan resepi nasi lemak paling sedap di Malaysia. Namun, keajaiban berlaku menyebabkan dia dibawa ke zaman Kesultanan Melaka. 

Semasa berada di zaman Kesultanan Melaka, Hero Huang di tangkap kaum Sakai dan telah dijadikan sebagai pertukaran makanan antara kaum Sakai dengan ketua kampung yang dipenuhi dengan wanita dari pelbagai latar belakang.

Segala pertelingkahan yang berlaku pada zaman itu akhirnya terlerai dengan satu hidangan kegemaran ramai iaitu Nasi Lemak.

“Dengar sahaja tajuknya sudah boleh memberi bayangan bahawa filem ini menceritakan tentang rakyat Malaysia. Anda datang, tengok dan nikmatilah filem ini. Ada satu mesej penting ingin disampaikan filem ini iaitu semangat muhibah antara kaum yang kita cari,” katanya. 

Filem Nasi Lemak 1.0 ini bakal ditayangkan di semua pawagam tanah air bermula 27 Januari ini. Turut membintangi filem ini ialah Saiful Apek, Wak Doyok, Datuk AC Mizal, Sanjna Suri, Namewee, Karen Kong, Yumi Wong, Datuk David Arumugam dan ramai lagi.

Gambar: Instagram MIG & Helmie Anuar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 19 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 15 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran