web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Bukan Sebab Saya Busuk Hati Dengan Nana” - Syura Badron 

Mengulas isu saman Siti Nordiana berjumlah RM2.5 juta, Syura mendedahkan dia tidak terlepas menerima kecaman dan komen negatif di media sosial.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:05AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Syura Badron menafikan tuduhan beberapa pihak bahawa kemelut antaranya dan Siti Nordiana sehingga disaman adalah disebabkan dendam dan iri hati terhadap rakannya itu. 

Menurut Syura, tidak pernah terlintas difikirannya untuk melihat persahabatan atau perhubungan yang dibina dengan sesiapa menjadi goyah sehingga meletakkan mereka di fasa yang mencabar seperti ini.

“Dalam mana-mana perhubungan kita tak dapat lari daripada masalah sama ada besar atau kecil. Kalau nama pun berkawan, mestilah kita akan cuba untuk selesaikan masalah bersama-sama. Jadi, apabila kita tak dapat buat begitu, pasti ada sebab.

“Ramai yang cakap saya jadi begini kerana saya busuk hati dengan kejayaan Nana (Siti Nordiana). Sedangkan Nana sudah berjaya sejak Gegar Vaganza musim kedua lagi. Kalau benarlah saya begitu, rasanya sudah lama saya buat.

“Namun, benda sudah terjadi dengan Izin Allah walaupun saya tak berniat demikian. Apapun, saya kena hadap segala yang terjadi,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran lagu baharu '5 Kaki 4 Inci' nyanyian Lan Solo.

Mengulas isu saman berjumlah RM2.5 juta yang kini sudah memasuki enam bulan, Syura mendedahkan dia tidak terlepas menerima kecaman dan komen negatif di media sosial. 

“Saya bersyukur kerana ketika dikecam, ada rakan artis yang sokong dan bertanya khabar. Orang yang dekat akan tahu hati dan nilai persahabatan kita dengan orang. 

“Saya dah jadi artis sejak umur 13 tahun tetapi selama mana pun dalam industri, bila kita berada di fasa ini sudah semestinya kita akan terasa. Mujurlah rumah saya dan Lan dekat. Kawan-kawanlah yang menjadi tempat bercerita,” tambahnya. 

Syura merupakan salah seorang  daripada lima individu yang menerima surat saman daripada Nana berjumlah RM2.5 juta. Empat lagi individu itu ialah Lan Solo, Sheila Hassim, Sam Samin dan Razidah Ahmad. 

Kes ini telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi namun setakat ini belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk perbicaraan.

Terdahulu, kontroversi saman ini tercetus apabila Lan Solo, Syura, Sheila, Sam Samin serta Razidah mendedahkan konflik antara mereka dan Siti Nordiana menerusi satu sesi Instagram Live pada Julai tahun lalu.

Nana kemudian bertindak menyaman dan menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan terhadap mereka berlima. - Getaran, 13 Januari 2022

Gambar: Wafa Aula

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN