Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nabila Jadi Cacat Dalam Filem Pertama Dengan Osman Ali

Nabila mengakui sudah lama mengidam berlakon di bawah arahan sutradara tersohor Osman Ali. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 11:43AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada usia 37 tahun, akhirnya aktres dan pengacara Nabila Huda berpeluang membintangi filem arahan Osman Ali berjudul Telaga Suriram dengan memegang watak wanita cacat bernama Maimon. 

Menurut Nabila, sudah lama dia menantikan karakter sebegini dan skrip sekuat Telaga Suriram.  

“Apabila dapat sinopsis dan membaca karakter Maimon, saya berkata kepada diri, tidak kira apa jadi sekalipun saya akan buat watak ini. 

“Andai kata, penggambarannya lambat mana sekalipun, saya sanggup tunggu kerana watak ini sungguh mencabar dan tidak pernah saya bawa lagi sebelum ini. 

“Apa yang mencabar apabila dalam filem ini, dialog saya hanya satu peratus sahaja. Selebihnya, saya terpaksa bisukan diri dan menggunakan banyak ekspresi muka, 

“Sebab itulah filem Telaga Suriram ini luar biasa. Selalunya, saya ini memang orang yang banyak bercakap tetapi dalam filem ini, abang Osman akan bisukan saya, “ katanya kepada Getaran pada sidang media Telaga Suriram yang berlangsung petang semalam. 

Sebagai persediaan untuk membawakan watak Maimon, Nabila akan memotong rambutnya sedikit pendek, menurunkan berat badan dengan melakukan diet dan bersenam serta  menggelapkan lagi kulitnya. 

“Saya juga tidak akan bersolek untuk watak Maimon kerana dia gadis kampung yang bukanlah datang daripada keluarga senang dan ibunya pula seorang bidan. 

“Namun, saya masih tidak punya sebarang rujukan terhadap watak Maimon ini lagi. Jiwa dan roh Maimon saya belum dapat lagi. Ia tak masuk lagi dalam diri saya. 

“Apa yang saya ada setakat ini adalah gambaran tentang bentuk fizikal dan mental Maimon,” katanya lagi. 

Mengulas lanjut perwatakan Maimon, Nabila berkata karakter itu rapat dengan kanak-kanak bernama Suriram.  

“Apabila Suriram tiba-tiba hilang, Maimon turut menjadi mangsa tuduhan dan berlakulah pelbagai tragedi serta misteri di sebalik kehilangan kanak-kanak itu,” katanya. 

Nabila juga mengakui sudah lama mengidam untuk berlakon di bawah arahan sutradara tersohor Osman Ali. 

“Saya sangat meminati filem arahannya, Anak Halal. Rasanya saya menonton filem itu waktu umur 20-an dan selepas itu saya sering mengikuti karya-karya arahannya.  

“Memang saya punya keinginan untuk berlakon dalam filem abang Osman. Bila dia (Osman) hubungi saya untuk tawarkan watak Maimon dalam filem Telaga Suriram, saya rasa sangat bersyukur. 

“Tawaran ini saya dapat pertengahan tahun lepas. Ia kemudian melalui fasa antara jadi atau tidak. Akhirnya Oktober lalu, penerbit kata filem ini akan dihasilkan dan dua tiga minggu lepas saya telah bertemu abang Osman. 

“Pertemuan itu santai-santai sahaja untuk berbual dan melihat sejauh mana keserasian kami sebagai pengarah dan pelakon. Menerusi pertemuan ini, saya tahu dia mahu saya bawa watak Maimon dan dia juga tahu saya memang nak sangat watak ini," katanya. 

Sambung Nabila lagi, selepas menghabiskan percutian di Pulau Pinang yang akan bermula hari ini, dia fokus dengan watak Maimon dan filem Telaga Suriram. 

“Suami saya pun sudah pesan dengan anak kami, Kesha Laila bahawa saya akan bisukan diri selama dua bulan. 

“Jadi, dia minta Kesha untuk tidak kecil hati kalau sepanjang dua bulan nanti saya tidak akan bercakap atau banyak bercakap,” kata Nabila seraya ketawa. 

Penggambaran Telaga Suriram akan bermula pada 20 Januari ini sehingga 10 Mac di beberapa lokasi iaitu Perlis, Kedah dan Perak. Manakala untuk babak bawah air, penggambaran akan dilakukan di Kuala Lumpur.  

Memandangkan penggambaran filem ini mengambil masa hampir dua bulan, Nabila perlu bijak membahagikan masa agar tidak mengganggu komitmennya sebagai pengacara program Melodi.  

“Saya akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu untuk menjayakan Melodi yang bersiaran setiap Ahad dan kemudian kembali ke lokasi penggambaran pada Isnin. 

“Memang saya akan penat kerana terpaksa berulang-alik tetapi hendak buat macam mana. Lakonan adalah kerjaya utama saya, manakala untuk kerjaya pengacaraan saya masih dalam fasa belajar. 

“Jadi, saya kenalah berkorban masa untuk memenuhi tuntutan komitmen dua cabang seni ini," katanya.  

Selain Nabila, filem Telaga Suriram turut dijayakan Maya Karin, Farid Kamil dan Scha Al-Yahya. - Getaran, 12 Januari 2022

Gambar: Instagram @kupu_kupu

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran