web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon ‘Full House’, Bob Saget Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak Amerika Syarikat, Bob Saget telah meninggal dunia. Mendiang pernah membawa watak Danny Tanner dalam siri ikonik 'Full House' pada tahun 80-an dan 90-an.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 5:09PM

Bob Saget pada tahun 2014. Gambar: Robyn Beck, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak Amerika Syarikat, Bob Saget telah meninggal dunia pada usia 65 tahun. 

Saget dikenali oleh para penonton Malaysia melalui siri ‘Full House’ yang disiarkan sepanjang tahun 80-an dan awal 90-an serta ‘America’s Funniest Home Video’.

Mendiang yang diberi nama jolokan ‘America’s Dad’ ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik hotelnya di Florida, Amerika Syarikat.

Punca kematiannya tidak diketahui. Pihak berkuasa menolak sebarang unsur jenayah atau penggunaan dadah dalam kematiannya. 

Saget yang juga ternama dalam bidang komediri (stand-up comedy) berada dalam rangka jerayawara (tour) dan membuat persembahan di Jacksonville malam tadi. 

Mendiang sempat menghantar sebuah ciapan di akaun Twitternya usai persembahan malam tadi dan mengatakan dia ‘sangat gembira’ dengan reaksi para penonton pada acara  itu. 

Sejurus selepas berita kematian itu diumumkan, warganet seluruh dunia, terutamanya yang membesar bersama keluarga Tanner dalam siri ‘Full House’ meluahkan rasa sedih mereka. 

Saget membawakan watak Danny Tanner, bapa tunggal kepada tiga orang anak gadis dalam siri itu.

Antara pelakon siri itu yang meluahkan rasa sedih di Twitter ialah John Stamos yang memegang watak Jesse, adik ipar kepada Tanner serta Candace Cameron Bure, pemegang watak D.J. Tanner, anak sulung Tanner. 


Selain watak ikoniknya itu, Saget juga pernah membawa watak parodi dirinya sendiri dalam siri ‘Entourage’ dan menjadi suara pencerita dalam siri ‘How I Met Your Mother’. 

Saget dilahirkan pada tahun 1956 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mendiang mempunyai tiga orang anak bersama isteri pertamanya, Sherri Kramer Saget. Isterinya yang terkini ialah Kelly Rizzo. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN