web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berkain Pelekat, Usop 'Live' di Bigo Waktu Malam

Memandangkan aplikasi Bigo mempunyai pengguna di serata dunia, Usop mengakui sudah memiliki peminat dari luar negara terutama Indonesia dan Thailand.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:37AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Usop mengakui tindakannya mempunyai akaun Bigo sejak dua tahun lalu sedikit sebanyak telah membantu menjana pendapatan terutama semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membekukan sebarang aktiviti persembahan.

“Kalau aplikasi itu mendatangkan duit, saya akan buat. Waktu fasa perintah kawalan pergerakan, saya guna aplikasi ini untuk mendapatkan wang sampingan. Maklumlah pada waktu itu penyanyi tidak dibenarkan untuk buat persembahan di luar, jadi menerusi aplikasi ini sahajalah saya dapat tunjuk bakat dan cari wang.

“Saya juga akan bersiaran sempoi sahaja, berkain pelekat, kadang berkopiah. Kadang berseluar pendek sambil bernyanyi dan memetik gitar. Bila orang tengok persembahan yang saya buat, kadang mereka beri RM100. Ada yang pemurah, mereka beri RM1,000,” katanya ketika ditemui Getaran di Anugerah Gala Bigo baru-baru ini.

Melihat kepada potensi aplikasi tersebut dalam menjadi salah satu sumber kewangan, usop atau namanya sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berkata, dia akan melakukan ‘live’ di Bigo pada waktu malam dan mensasarkan untuk memperoleh 200,000 USD setiap kali siaran. 

Selain itu, memandangkan aplikasi Bigo mempunyai pengguna di serata dunia. Pelantun lagu mengakui sudah memiliki peminat dari luar negara terutama Indonesia dan Thailand.

“Pengguna Bigo ini pula seluruh dunia. Ada dari Indonesia dan Thailand sokong saya di situ walaupun cara saya 'live' biasa sahaja.

Manalah tahu selepas ini saya dapat buat persembahan di Indonesia pula sebab penerbit dan pengarah di luar negara juga turut menggunakan aplikasi ini. Apalagi kini saya sudah mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan,” tambahnya.

Usop juga telah dijemput untuk membuat persembahan di malam Anugerah Gala Bigo 2022 yang memberi penghormatan kepada penyiar dan keluarga terbaik tahun 2021 mengikut populariti baik di rantau ini mahupun seluruh dunia.

Tahun ini, 君君(Jūnjūn), [ID BIGO: Yyysssccc] serta 3399俱乐部(3399 Jùlèbù) [ID BIGO: 333161016] dari Malaysia, masing-masing akan dianugerahkan dengan hadiah Penyiar Serantau Terbaik dan Keluarga Serantau Terbaik.

Amy dan Iwapoyo dari Jepun serta Vanruby dari Vietnam menduduki tangga teratas dalam senarai kedudukan tahun 2021 bagi Penyiar Global Terbaik. Selain itu, keluarga Jepun BigWin akan diberi penghormatan sebagai Keluarga Global Terbaik di Bigo Live.

Kira-kira 100 penyiar daripada pelbagai latar belakang budaya dan linguistik akan mengambil bahagian dalam Gala ini melalui persembahan dalam talian termasuk: yoga di udara, muzik etnik, opera, tarian Tron, tarian k-pop, pertunjukan 'cosplay' dan banyak lagi.

 Di samping itu, avatar 3D Maya Secara Langsung yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Bigo Live akan turut membuat penampilan sulung pentasnya dengan mempersembahkan konsert maya bersama "The Toys"- penyanyi-pencipta lagu yang sangat berbakat dan terkenal dari Thailand, menawarkan pengalaman yang benar-benar imersif kepada penonton. -  Getaran, 10 Januari 2022

Gambar: Bigo

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN