web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon ‘Snowdrop’ Meninggal, Ini Fakta Mengenai Kim Mi-soo

Berita duka itu disampaikan sendiri oleh agensi naugannya, Landscape Entertainment menerusi satu kenyataan. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 4:59PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika drama ‘Snowdrop’ rancak diperkatakan, dunia hiburan Korea Selatan menerima khabar duka apabila salah seorang pelakon drama bersiri itu, Kim Mi-soo dilaporkan meninggal dunia semalam. 

Namun begitu, punca kematian pelakon berumur 30 tahun itu dikategorikan sebagai mati mengejut. 

Berita duka itu disampaikan sendiri oleh agensi naugannya, Landscape Entertainment menerusi satu kenyataan. 

“Pelakon Kim Mi-soo telah meninggal dunia secara mengejut pada 5 Januari (semalam). Keluarga dan sahabat terdekat sedang berduka dengan khabar ini. Kami memohon agar mana-mana pihak menghentikan spekulasi mengenai kematiannya dan menghormati perasaan ahli keluarganya,”

Berikut ialah antara fakta yang boleh kami kongsikan mengenai Kim Mi-soo.

Karier bermula pada 2018 

Sebenarnya karier lakonan Kim Mi-soo bermula pada 2018 menerusi filem Lipstick Revolution. Setahun selepas itu, dia membintangi beberapa filem lain seperti Memories dan Kyungmi’s World .

Tahun yang sama dia terlibat dengan siri berjudul 'Drama Festa'.

Makin menyerlah pada 2020

Lakonannya kian mendapat perhatian ramai. Pada 2020, dia kemudian menjayakan drama 'Hi Bye Mama' dengan memgang watak sebagai Cha Yeon-ji iaitu adik kepada Cha Yu-ri lakonan Kim Tae-hee. Pada tahun sama juga, dia muncul dalam tiga drama lain iaitu 'Into the Ring', 'The School Nurse Files' dan Drama Special. 

Pada tahun 2021, Kim Mi-soo menjayakan drama 'Yumi’s Cells' dan 'Hellbound'. Dalam Yumi’s Cells dia berperanan sebagai Ja-yong  iaitu bekas kekasih kepada Jinyoung GOT7. Sementara itu menerusi Hellbound, dia membintangi watak Deacon Young-in.

‘Snowdrop’ projek terbesar

Drama ‘Snowdrop’ sebenarnya merupakan projek terbesar Kim Mi-soo. Dalam drama penuh kontroversi itu, dia berperanan sebagai Yeo Jung-min iaitu mahasiswa dan aktivis Pergerakan Demokratik Gwangju 1980. Dia juga merupakan rakan sebilik Eun Young-ro lakonan Jisoo BLACKPINK. 

Takziah diucapkan kepada keluarga Kim Mi-soo. Semoga bersemadi dengan tenang. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN