web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Farid Kamil Ditolak Mahkamah 

Farid gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500 atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap anggota polis.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 7:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari hari ini gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lepas.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara menolak permohonan Farid Kamil, 40, selaku pemohon, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Ogos 2021.

“Mahkamah mendapati persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh pemohon adalah tidak relevan. Oleh itu, permohonan pemohon tidak mempunyai merit dan ditolak oleh mahkamah,” kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Farid Kamil yang didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 1.20 tengah hari, 11 Jan 2018, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Aktor itu juga dipenjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap mangsa yang sama pada masa dan tempat sama, mengikut Sesyen 90 Akta Polis 1967.

Namun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak, iaitu Farid Kamil hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan.

Bagaimanapun, berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu, selepas mengambil kira bahawa Farid Kamil telah membayar kompaun kepada pihak-pihak yang terlibat dalam kejadian itu termasuk anggota polis berkenaan.

Sementara itu, panel tiga hakim berkenaan turut menolak permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman bagi pertuduhan di bawah Sesyen 90 Akta Polis 1967, selepas mendapati pihak pendakwa raya tidak menyatakan alasan mencukupi bagi menyokong permohonannya.

Ini bermakna, pihak pendakwaan hanya akan meneruskan rayuan silang terhadap denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Farid Kamil, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah.

Tarikh pendengaran rayuan masih belum ditetapkan oleh mahkamah.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah dan Zaki Asyraf Zubir manakala peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke bertindak bagi pihak Farid Kamil. - Bernama

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad