web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tan Sri Michelle Yeoh Turun Padang Menolong Mangsa Banjir

Pelakon utama ‘Crazy Rich Asian’ dan ‘Shang-chi and The Legends of the Ten Rings’ menyertai kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 10:06PM

Michelle Yeoh. Gambar: Angela Weiss, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bencana banjir yang melanda Lembah Klang baru-baru ini adalah antara yang paling teruk pernah berlaku. Ramai mangsa terpaksa memanjat bumbung rumah dan menunggu sehingga lebih sehari untuk diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Perkara itu telah menjentik hati Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon Malaysia yang sudah menempa nama dalam industri perfileman Hollywood untuk meluangkan masa cuti Krismasnya dengan menyertai kerja-kerja pembersihan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Gerak kerja pembersihan itu dilakukan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2. 

Mengulas lanjut mengenai solidariti rakyat Malaysia dalam membantu mangsa banjir, Michelle berkata, "Inilah semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.

"Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir."

Pelakon utama filem Crazy Rich Asian dan Shang-chi and The Legends of the Ten Rings itu juga turut disertai oleh ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Memetik laporan Astro Awani, personaliti itu menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia. - Getaran, 25 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN