web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fazley Terima Anugerah Celebrity Entrepreneur Of The Year SEBA 2021

Fazley menganggap anugerah yang diterima itu adalah penutup terbaik 2021 dan pembuka tahun 2022 yang sempurna untuk jenama-jenamanya seperti Suka Sucre Bistro dan Minang Kapau.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 3:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cef selebriti, penyanyi dan usahawan berjaya, Datuk Fazley Yaakob melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij, Celebrity Entrepreneur Of The Year SME Entrepreneurship Business Award 2021 (SEBA 2021).

Meluahkan rasa bangga dan terharu, Fazley, 43, berkata, anugerah ini adalah satu peningkatan bagi jenama perniagaan dan dirinya sendiri sepanjang hampir sedekad menceburi dunia seni dan menjadi cef.

“Saya tidak menyangka sama sekali akan sebaris dengan nama-nama besar yang pernah menerima anugerah yang cukup berprestij ini.

“Walaupun tahun ini penuh dengan dugaan dan cabaran, namun anugerah ini adalah pelengkap kepada tahun ini. 

“Keterlibatan dalam Gegar Vaganza 8, penjenamaan Suka Sucre yang lebih besar dan pelbagai lagi kejayaan disempurnakan dengan anugerah ini.

“Ini adalah penutup terbaik 2021 dan pembuka tahun 2022 yang sempurna untuk jenama-jenama saya seperti Suka Sucre Bistro, Minang Kapau, Mala Mala dan Bala’s Banana Leaf. 

“Ini juga termasuk kolaborasi saya dengan jenama-jenama antarabangsa seperti Starbucks, Krispy Kreme dan tiga lagi jenama besar (satu melibatkan perubatan) yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Majlis anugerah yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 9 Disember itu disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Pengasas Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship), Nitesh Malani.

SEBA 2021 yang sudah memasuki tahun keenam dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship) juga pernah menganugerahkan usahawan berjaya dan ternama lain seperti Datuk Seri Bernard Chandran, Tan Sri Dr. Tony Fernandes dan Vivy Yusof dalam kategori masing-masing.

Dalam pada itu, tambah Fazley, anugerah ini juga merupakan permulaan kepada mereka di luar sana yang mahu memulakan perniagaan khususnya dunia makanan dan minuman. 

“Saya telah banyak membantu usahawan muda untuk membina perniagaan dan menjana pendapatan menerusi perniagaan F&B dari rumah, gerai dan restoran juga.

“Saya menganggap kejayaan ini sebagai titik pertemuan untuk kita sama-sama meningkatkan jenama perniagaan kita,” katanya.

Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob mula menceburkan diri dalam dunia seni tanah air sekitar tahun 1995 dan berjaya meletakkan diri sebagai penyanyi lelaki popular sehingga sekarang menerusi beberapa album dan lagu malar segar, antaranya ‘Asmara Ini’, ‘Bila April’ dan ‘Cerita Asmara’.

Penyandang gelaran Masterchef Selebriti Malaysia Pertama yang dimenangi pada tahun 2012 ini juga pernah menerima pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas usaha tidak henti memartabatkan masakan serta budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa. - Getaran, 24 Disember 2021

Gambar: SEBA 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Pasta Lemak Cili Padi Resipi Datuk Fazley Yaakob

2

TARA 3 tahun yang lalu

Hidangan Menyelerakan Hasil Ciptaan Datuk Fazley Yaakob Di CU

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Tak Pernah Berhenti, Tapi Dihalang Untuk Daripada Menyanyi – Fazley Yaakob Dedah Cerita Sebenar 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Boleh Hendak Bekerjasama, Tapi Ada Syarat - Fazley

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS