web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Pernah Berhenti, Tapi Dihalang Untuk Daripada Menyanyi – Fazley Yaakob Dedah Cerita Sebenar 

“Boleh ke saya menyanyi semula tahun ni? Untuk suka-suka je, bukan untuk menang anugerah pun,” soalnya Fazley.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 12:08PM

Fazley juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan media yang masih kekal menyokong dirinya selama ini - Tangkapan layar Instagram Fazley Yaakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ya! Suatu ketika dahulu, sebelum dia menukar haluan kerjaya dengan menjadi seorang cef, Datuk Fazley Yaakob adalah seorang penyanyi yang cukup terkenal di era awal 2000-an terutama dengan single 'Asmara Ini'. 

Bahkan, ketika ini juga dia bukan sahaja berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang penyanyi rakaman yang popular tetapi juga pakar motivasi yang terkenal. 

Wajah kacaknya itu juga membuatkan dia digilai ramai wanita, namun apabila Fazley yang ketika itu digelar ‘Abang Asmara’ mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya Azrene Soraya (kini isterinya), ramai yang patah hati dan kecewa. 

Sejurus selepas perkahwinannya, dia tidak lagi aktif menyanyi dan seolah-olah berhenti daripada menjadi menjadi penyanyi rakaman. 

Kata Fazley, ramai yang bertanyakan dirinya, kenapa dia berhenti menyanyi secara tiba-tiba sedangkan ketika itu (20 tahun lalu) lagu 'Asmara Ini' sedang meletop di corong-corong radio. 

Sudah tentu sebahagian media tahu akan sebab dan puncanya, namun kebanyakan netizen memang tidak tidak tahu apa-apa tentangnya. 

Dalam sebuah perkongsian di Instagram, Fazley menjelaskan, hanya mereka yang tahu, akan tahu bahawa dia tidak pernah berhenti menyanyi. 

“Saya bukan berhenti menyanyi, tetapi dihalang daripada menyanyi, lagu-lagu semua tidak boleh dimainkan di corong-corong radio, saya tak dibenarkan muncul di kaca TV. Malahan, sebarang berita mengenai saya juga tak dibenarkan dikeluarkan untuk sebarang penerbitan.

“Jadi buat ramai yang bertanya selama ini, kenapa saya tiba-tiba hilang dari dunia nyanyian dan muncul sebagai cef sahaja, Itulah kebenarannya. 

“Apabila manusia mengatur dan merancang, Allah lebih mengetahui dan menyusun jauh lebih sempurna. Hanya sabar dan reda menjadi kekuatan saya selama ini,” katanya. 

Fazley juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan media yang masih kekal menyokong dirinya selama ini. 

“Bagi mereka yang masih ingin #AbangAsmara, syukur Alhamdulillah. Cuba tengok klip-klip video nyanyian live saya sepanjang tempoh saya tidak dibenarkan menyanyi hinggalah saya kembali ke kaca TV melalui Gegar Vaganza. 

“Boleh ke saya menyanyi semula tahun ni? Untuk suka-suka je, bukan untuk menang anugerah pun,” soalnya. 

Nampaknya, ramai yang memberikan sokongan untuk Fazley bergerak aktif semula sebagai penyanyi. Siapa tahu, tahun ini adalah tahun untuknya mengukir semula nama sebagai penyanyi yang telah ditinggalkan selama 20 tahun lalu. Semoga berjaya Fazley. – Getaran, 2 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Pasta Lemak Cili Padi Resipi Datuk Fazley Yaakob

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN