web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hidangan Menyelerakan Hasil Ciptaan Datuk Fazley Yaakob Di CU

CU dan Chef Selebriti Malaysia Datuk Fazley Yaakob perkenal rangkaian juadah sedia untuk dimakan baharu berinspirasikan Tahun Baharu Cina.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 5:00PM

Chef selebriti Fazley Yaakob tampil dengan juadah fusion yang lain daripada yang lain bersama kedai serbaneka No. 1 di Korea. - Gambar ihsan CU

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Chef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob tampil dengan kolaborasi terbaharu tahun ini. Membuka tirai 2023, personaliti popular ini mempersembahkan juadah fusion yang lain daripada yang lain bersama kedai serbaneka No. 1 di Korea. 

Hasil kreativiti CU dan Fazley ini merupakan rangkaian sedia untuk dimakan berinspirasikan Tahun Baharu Cina yang diberi nama 'Dato' Fazley Yaakob Creation Series' dan pasti akan menambat selera anda. Sesuai untuk dinikmati sendiri atau bersama orang tersayang.

Untuk siri ini, Fazley menggunakan kepakarannya dalam menggabungkan makanan kegemaran tempatan Malaysia dengan elemen masakan Korea dan Cina terpilih untuk menghasilkan masakan unik khusus untuk CU. 

Pengarah MYCU Retail, Dr. Blake Dang menjelaskan pihaknya sentiasa berusaha untuk menyediakan produk berkualiti dan membawa pengalaman unik buat pengguna dan pembeli.

“Di CU, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan produk berkualiti terbaik dan membawa pengalaman unik buat pengguna dan pembeli. Kerjasama dengan Chef Datuk Fazley ini bermula dengan daya inovasi beliau sebagai seorang chef, sejajar dengan nilai teras kami di CU iaitu untuk menyediakan pengalaman segar dan menyeronokkan buat pelanggan.”

“Kami menimba pengalaman menarik sepanjang berkolaborasi dengan beliau, bermula dari pembentukan idea hinggalah ke pembuatan rangkaian sedia untuk dimakan ini. Kami cukup teruja  untuk pelanggan kami mencubanya!,” ulas Dr. Blake.

Roti Bandung Strawberi - Gambar ihsan CU
Roti Bandung Strawberi - Gambar ihsan CU

Mengulas lanjut tentang hidangan atau resipi yang dihasilkan untuk CU, Fazley memberitahu beliau menggabungkan rasa unik dan ramuan kegemaran Malaysia untuk menghasilkan perisa hebat dan membangkitkan selera dalam kelima-lima juadah terbabit .

“Saya suka melihat betapa muhibahnya masakan Malaysia, dan amat meminati seni kulinari Korea dan Cina. Sepanjang menjadi chef, saya telah mengenal pasti beberapa hidangan yang pasti enak digandingkan dengan selera rakyat Malaysia. Rangkaian ini merupakan hasil kombinasi enak berperisa ini. Saya cukup gembira bekerjasama dengan CU dan berharap juadah yang kami hasilkan boleh dinikmati semua!” ujar beliau.

Rangkaian juadah sedia untuk dimakan ini  terdiri daripada lima hidangan unik dan penuh perisa:

Sanwic Daging Carik Lemak Cili Api Telur Mayonis

Daging yang dimasak dalam campuran lemak santan, kunyit dan rempah-rempah lain, dihidang dengan telur cili api untuk keenakan maksimum. 

Roti Bandung Strawberi

Dibuat dengan tepung Jepun, ban lembut dan gebu berinspirasikan air bandung. Ia cair di mulut dengan keenakan dan kewangian rasa bandung dan jem strawberri. 

Laksa Negeri Sembilan - Gambar CU
Laksa Negeri Sembilan - Gambar CU

Laksa Negeri Sembilan

Hidangan istimewa kegemaran Chef Dato Fazley. Mi kenyal dihidangkan bersama ramuan laksa enak dalam kuah yang kaya, berkrim dan berempah.

Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren - Gambar ihsan CU
Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren - Gambar ihsan CU

Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren

Hidangan yang mempunyai kisahnya tersendiri. Oren melambangkan kemakmuran, nasi melambangkan kekayaan, manakala sambal menyatukan rakyat Malaysia. 

Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah - Gambar ihsan CU
Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah - Gambar ihsan CU

Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah

Dihidangkan dengan popia goreng, hidangan fusion Cina-Melayu ini merupakan kombinasi unik perisa enak bersama-sama ayam rumpai laut. 

Kunjungi kedai CU yang berdekatan dan cuba sendiri keenakan hidangan fusion ini hari ini! - Getaran, 21 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

6 Cara Kurangkan Gula Dalam Diet 

2

TARA 2 tahun yang lalu

Pasta Lemak Cili Padi Resipi Datuk Fazley Yaakob

3

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Hari Gawai Dengan Hidangan Ikonik Dari Sarawak

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bazar Ramadan Rahmah Tawar Pelbagai Juadah Bawah RM5

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri