web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fizi Ali, Shakilla Koriri Bercerai

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengumumkan bahawa pelakon Shakilla Koriri bukan lagi isterinya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 1:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada angin tiada rebut tiba-tiba penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali mengumumkan bahawa dia dan pelakon Shakilla Koriri sudah bercerai. 

Perkhabaran sedih itu diumumkan Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 32, di akaun Instagram peribadinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ini. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.

"Walaupun hidup berasingan, kami sudah sepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan mendapat kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. 

"Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini. Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda. Insya-Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” tulis Fizi di bahagian kapsyen.

Sementara itu, di bahagia komen rata-rata rakan selebriti dan netizen bersimpati dengan takdir yang sudah tertulis buat Fizi dan Shakilla. Ada juga yang seakan tidak percaya dengan berita ini kerana pasangan ini sering kelihatan bahagia bersama. 

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 selepas lima tahun bercinta. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia  dua tahun.

Semoga kedua-duanya kuat dan reda atas ketentuan ini dan terus menjalin hubungan baik demi zuriat tercinta. - Getaran, 15 Disember 2021.

Foto: Instagram @fiziali_

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 19 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN