web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kontroversi Drama Gay, Keluarga Danish Iskandar Bakal Ambil Tindakan

Drama bersiri berkisarkan dunia LGBT melibatkan seorang pelakon remaja berusia 17 tahun mencetuskan kontroversi sehingga mendapat perhatian JAKIM. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 5:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai sebuah drama bersiri berkisarkan dunia LGBT yang melibatkan pelakon berusia 17 tahun, Danish Iskandar.

Drama bersiri pendek sensasi itu disiarkan di sebuah aplikasi sosial untuk golongan homoseksual.

Menerusi perkongsian di Twitter, Danish mendedahkan bahawa di dalam kontrak tidak diberitahu bahawa drama berkenaan bakal ditayangkan di aplikasi untuk golongan homoseksual. 

Malah, pada awalnya dia tidak diberitahu tentang babak-babak intim dalam siri berkenaan sehinggalah ia kemudiannya ditambah sewaktu hari penggambaran. 

“Produksi ini tidak menjelaskan tentang aplikasi berkenaan. Mereka hanya beri jalan cerita yang tiada langsung adegan intim. Mereka telah menambah beberapa babak yang tiada dalam ‘story board’ pada saat-saat akhir. 

"Ya, ia salah saya kerana teruskan juga penggambaran. Saya tidak akan melakukannya lagi. Saya mangsa keadaan,” tulisnya di Twitter. 

Disebabkan isu ini menjadi semakin panas, keluarga Danish nekad untuk mengambil tindakan undang-undang dan bakal mengadakan sidang media bersama wakil peguam tidak lama lagi.

Pelakon drama bersiri 'Shah Alam 40k' ini turut memohon maaf diatas kesilapannya dan akan berehat sebentar daripada media sosial buat sementara waktu. 

Sementara itu, isu ini turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) yang telah merujuk pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memohon pihak berautoriti berkenaan mempertimbangkan agar siasatan lanjut dapat dijalankan mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Dalam pada itu, JAKIM menasihati masyarakat agar bertenang dan meryerahkan isu ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut. - Getaran, 9 Disember 2021

Gambar: Instagram Danish

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN