web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Ini Semua Fitnah” - Nora Nafi Minta Suami Ceraikan Isteri Pertama

Baru sahaja mengumumkan dirinya sudah berumah tangga buat kali kedua beberapa hari yang lalu, tiba-tiba nama Datuk Nora Ariffin dihimpit kontroversi lagi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 4:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja mengumumkan dirinya sudah berumah tangga untuk kali kedua, penyanyi popular, Datuk Nora Ariffin dihimpit kontroversi apabila dia dikatakan meminta supaya suami barunya menceraikan isteri pertama. 

Malah Nora juga didakwa mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang dikenali sebagai Dr. Rushdi Ramli sejak dua tahun yang lalu.

Segala dakwaan itu dipercayai telah disebarkan oleh seorang individu di media sosial yang berselindung di sebalik akaun palsu.

Menyedari dirinya sedang menjadi bualan, Nora menerusi satu hantaran di Instagram telah tampil memberikan kenyataan mengenai kontroversi yang semakin hangat diperkatakan ini.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu ‘Persimpangan Dilema’ ini, segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata.

“Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, tolong tampil bersemuka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.

“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, serta tuduhan yang tidak tepat dan berasas ini?” tulisnya.

Tulisnya lagi, perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa, bagitu juga dengan penceraian kerana tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab.

“Itu dosa besar. Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua demi mengelakkan fitnah. Niat saya betul-betul kerana Allah. Beritahu salah, tak beritahu pun salah.

“Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau terangkan segalanya tentang hal-hal kehidupan peribadi saya sekiranya tiada keperluan. Itu adalah privasi saya,” luahnya.

Tambahnya, sekiranya perbuatannya salah di sisi hukum Allah, biar dirinya sahaja yang memohon ampun dari Allah SWT serta biar agamawan serta aulia yang memberi nasihat kepadanya.

“Kenapa gunakan media sosial dan akaun palsu untuk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau mesej saya secara terus. Apa niat anda? Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya.

“Tetapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya, itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami, tak boleh dipaksa-paksa. Saya serahkan kepada Allah,” tulisnya. 

Sementara itu, suami Nora iaitu Dr. Rushdi turut memberi kenyataan menerusi pesanan suara yang dihantar kepada pihak media. 

“Bismillahirahmannirahim, saya yang bernama Rushdi bin Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan yang telah ditularkan pada saat ini yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah dan tohmahan yang berniat jahat dan buruk. Allahuakbar.

“Semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” katanya. 

Terdahulu pada 2 Disember 2021, Datuk Nora, 48, mengumumkan dia kini merupakan isteri kepada Dr. Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya yang juga merupakan teman baik arwah suaminya iaitu Allahyarham Johan Nawawi. -  Getaran, 6 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Hijrah Ibarat Mendaki Bukit Atau Menaiki Tangga - Nora Ariffin

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Nora Selamat Bergelar Isteri Lagi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN