web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hijrah Ibarat Mendaki Bukit Atau Menaiki Tangga - Nora Ariffin

Nora juga meminta supaya sahabat-sahabat yang ingin berhijrah atau sedang bertarung dalam penghijrahan, usah cepat mengalah.  

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 12:00PM

Nora Ariffin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hijrah ibarat mendaki bukit atau naik tangga, kalau kita naik terlalu laju, terlalu tergopoh gapah, kita akan cepat terjatuh dan sakit.

Itulah pesanan yang selalu dititipkan komposer Allahyarham Johan Nawawi kepada Datuk Nora Ariffin sewaktu hayatnya masih ada.  

“Bila sakit, kita akan mengalah dan berhenti di situ. Makanya, kita kena naik perlahan-lahan, mendaki perlahan-lahan.  

“Bila penat berehat seketika, dan sambung lagi. Lama-kelamaan kita akan sampai ke kemuncak dengan penuh ketenangan dan pengajaran di sebalik perjalanan yang lalui, kata Nora sewaktu mengimbas semula pesanan arwah suaminya itu.

Menurutnya lagi, pemandangan yang terbaik diperolehi melalui pendakian yang sukar.  

“Dari situ kita dapat melihat pemandangan yang baik. Kita akan dapat melihat dan memahami kepayahan mereka, orang lain yang mendaki seperti kita,” katanya dengan penuh falsafah.  

Bahkan, Nora juga meminta supaya golongan yang tinggi ilmu agama, warak dan alim agar tidak memandang hina, rendah, melabel ‘jahil’, dan perlekehkan orang-orang yang berhijrah.

“Berilah ilmu, nasihat yang penuh hikmah dan kasih kerana Allah SWT. Kepada sahabat-sahabat yang ingin berhijrah dan sedang bertarung dalam penghijrahan, saya tahu ia bukan mudah. Ia sangat mencabar.  

“Teruskan, usah cepat mengalah. Kalau kita tersasar, segera buat pusingan U. Istiqamah, Insya Allah, apabila kita berbuat sesuatu yang niatnya suci kerana Allah SWT, ia akan dipermudahkan.  

“Dalam susah pasti ada senang kerana penghujungnya, Allah SWT tidak melihat pakaian atau ijazah kita, tapi pengakhiran kita, hati dan amalan kita. Wallahualam,” katanya. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Membesar Sebagai Kristian, Ini Doa Kevin Zahri Sebelum Hijrah, Menitik Air Mata Netizen Mendengarnya 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sarah Hildebrand Segak Mengenakan Uniform Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat! 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zul Ariffin Hijrah ke Makkah, Rumah 5km Dari Masjidil Haram

4

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Dari Runway Ke Tabligh, Syaqireen Buktikan Model Juga Boleh Berdakwah!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN