web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alyah Akur Berkongsi Suami, Masa Bersama Terhad

Meski jarang dapat habiskan masa bersama, Datin Alyah memahami keadaan suaminya, Datuk Ramli MS.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 4:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita ini akur setahun sekali pasti tiba waktu dia terpaksa berkongsi suami. Bagi Datin Alyah, ia sudah menjadi rutin tahunan sang suami, Datuk Ramli MS akan padat dengan komitmen kerjanya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu 'Tak Mungkin Kerana Sayang itu' setiap hujung tahun suaminya sibuk merangka aturan muzik bagi program 'Gegar Vaganza' (GV). 

"Setiap kali tiba ‘musim’ GV, memang rutin harian kami jadi agak berbeza. Jarang dapat makan luar sama-sama. Jadual Tok Ram (panggilan suaminya) agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.

“Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah, Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap uncle sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan buat panggilan video," katanya. 

Alyah bagaimanapun menjelaskan, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan memandangkan program realiti itu sudah pun berjalan lapan musim. 

Tambah Alyah, bukan hanya suaminya, semua pihak yang terbabit dengan GV pastinya sibuk dengan komitmen masing-masing demi mencari rezeki. 

Alyah ditemui pada majlis memeterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di samping pengasasnya,  Erna Elliyana Roslo baru-baru ini. 

Alyah berkata perjanjian bersama Kamya Glow itu antara usahanya memajukan diri dalam bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan.

Pada majlis sama, kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ di mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma. 

Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram dan laman sesawang rasmi mereka. 

Alyah bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen sedia ada.

Mengenai single terbaharunya, Alyah yang berasal dari Johor berkata, dia dalam proses mendapatkan material dan bakal dilancarkan pada tahun depan. 

Alyah juga terharu apabila single sebelum ini iaitu 'Thank You Allah' kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia. 

“Rasa bersyukur sangat, pada usia 40 tahun ini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu ini. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya. 

“Bagi saya ini rahmat paling besar dari-Nya. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu ini cepat menangkap halwa telinga pendengar,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2021

Gambar: Instagram @alyah81

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jururawat Maut Ditikam Suami - Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN