web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakan Naik Pelamin, Afieq Shazwan Belum Sedia Jadi Suami

Satu demi satu selebriti muda mengumumkan berkawin atau jadi tunangan orang, namun pelakon Afieq Shazwan memiliki pendapat berbeza tentang alam rumah tangga.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 6:03PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika ramai selebriti muda mengumumkan fasa baharu kehidupan mereka dengan bergelar suami atau tunangan orang, pelakon Afieq Shazwan bagaimanapun menyifatkan tanggungjawab menjadi ketua rumah tangga bukanlah mudah dan memerlukan persediaan yang secukupnya.

Bagi penyanyi lagu 'Seandainya' itu, tidak ada umur khusus untuk seseorang itu berkahwin asalkan matang untuk menempuhi cabaran bergelar suami.

“Bukan usia yang menentukan kematangan tetapi pengalaman kerana setiap manusia melalui kehidupan berbeza. Semuanya berbalik kepada diri kita, apa yang kita boleh hadap tidak semestinya orang yang hidup bersama kita juga boleh menghadapinya.

“Bagi saya tak ada masalah nak cari isteri yang usia muda atau sebaya asalkan saling memahami. Jika ego patut direndahkan, rendahkanlah,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media drama 'Diari Seorang Suami' baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Afieq turut mendedahkan pernah mengambil langkah berani melamar seseorang untuk berkahwin sedangkan pada ketika itu dia sangat muda. Namun, lamarannya itu ditolak wanita terbabit yang berusia 28 tahun kerana belum bersedia. 

“Sebelum ini saya pernah terfikir untuk berkahwin. Maklumlah dulu saya nak buat semua benda sebab darah muda.

"Sekarang pandangan saya berbeza. Dari segi luaran memang saya nampak bersedia tetapi dalaman belum. Namun, persediaan untuk menjadi suami sudah ada tetapi bukan sekarang,” dedahnya.

Menurut Afieq lagi, ramai rakannya yang sudah berkahwin menasihatinya agar berfikir dahulu dan jangan mensia-siakan bakat yang dimilikinya.

“Sasaran dan perancangan mendirikan rumah tangga memang ada, tetapi banyak pihak menasihati saya supaya fikir dahulu dan fokus bina nama sebagai anak seni. Saya juga membesar dengan orang tua yang selalu mengingatkan saya kalau jadi suami kena begini dan begitu.

“Sebenarnya ini semua rezeki dan jodoh. Ini kerja Tuhan, bukan kerja saya. Kita pun sebenarnya tak tahu bagaimana perancangan Tuhan,” ceritanya lagi.

Afieq Shazwan menyandang watak utama dalam drama terbaharu terbitan TV3 'Diari Seorang Suami' dengan watak Hairi. Dalam drama ini, Hairi berkahwin dengan Neesa lakonan Yuna Rahim pada usia muda walaupun tidak direstui keluarga.

Mereka berdua menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri.

Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa. 

Suatu hari, muncul jejaka berada bernama Azman (Keith Foo) yang mahu membantu Hairi dan Neesa. Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi dan membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya.

Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab isi hati dan perasaan seorang suami.

'Diari Seorang Lelaki' sedang ditayangkan di TV3 setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam. Antara pelakon yang turut menyerikan drama itu termasuklah Fimie Don, Sani Sudin, Khal Isyaf, Iqbal Mazlan dan Kamal Ibrahim. - Getaran, 22 November 2021

Gambar: TV3 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN