web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sertai Gegar Vaganza, Datuk Fazley Gementar Reaksi Peminat

Datuk Fazley Yaakob tidak sabar menunggu reaksi peminat untuk malam pertama acara Gegar Vaganza Ahad ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 8:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja diumumkan sebagai salah seorang peserta rancangan realiti Gegar Vaganza, tukang masak dan penyanyi terkenal Datuk Fazley Yaakob masih sempat meluaskan lagi pengaruhnya dalam dunia penyediaan makanan.

Terkini, Fazley yang baru sahaja dilantik sebagai duta produk makanan AYA Real Food menyatakan yang dia sebenarnya sedikit gementar dengan ekspektasi peminat pada malam sulung acara Gegar Vaganza Ahad ini.

“Ramai yang ternanti-nanti untuk saya mendendangkan lagu hit saya 'Asmara Ini', jadi saya agak gementar juga namun akan cuba memberikan yang terbaik,” kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

Fazley baru-baru ini ditemui di restoran SukaSucre Bistro miliknya yang kini berwajah baharu dan beroperasi di Sri Hartamas.

Beliau juga sempat menunjukkan demonstrasi penyediaan makanan menggunakan ramuan jenama AYA Real Food, walaupun sebenarnya baru pulang dari kelas vokal pada petang tersebut.

“Saya sebenarnya bergegas ke sini selepas menghadiri kelas vokal untuk persiapan menyertai Gegar Vaganza. Maklumlah, ada peminat yang terkejut selepas saya mengumumkan bahawa saya akan menjadi peserta Gegar Vaganza.

“Ada juga yang menyangka saya bakal menjadi juri selepas melihat hantaran saya di laman Instagram. Jadi saya jelaskan kepada mereka bahawa saya peserta dan bukan juri,” seloroh Fazley ketika ditemu bual.

Terkenal kerana keakrabannya dengan anak-anak sendiri, Fazley juga telah mengundang anak sulungnya Ahmad Fariedz Shah untuk sama-sama membantu menyediakan hidangan sihat menggunakan produk AYA Real Food yang bebas pengawet dan MSG sambil disaksikan oleh ibunya sendiri Datin Umi Kalsom Abdol Latib, di samping tetamu kehormat lain dan rakan-rakan media. 

Menjadi duta jenama AYA selama dua bulan, Fazley juga akan mempromosikan produk itu bukan sahaja di restorannya tetapi juga melalui saluran di media sosial. 

“Dengan adanya produk ini di Bistro SukaSucre, pelanggan boleh mendapat inspirasi dari menu yang disediakan, membeli produk ini di sini dan boleh terus memasak dirumah,” katanya menutup bicara. - Getaran, 19 November 2021

Gambar: SukaSucre Bistro

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Pasta Lemak Cili Padi Resipi Datuk Fazley Yaakob

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

3

TARA 3 tahun yang lalu

Hidangan Menyelerakan Hasil Ciptaan Datuk Fazley Yaakob Di CU

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Tak Pernah Berhenti, Tapi Dihalang Untuk Daripada Menyanyi – Fazley Yaakob Dedah Cerita Sebenar 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN