web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Black G Pilihan Dynas Mokhtar

Pelakon Dynas Mokhtar memilih menceburi dunia bisnes berasaskan kesihatan berbanding produk kecantikan yang sebati dengan ramai selebriti.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 8:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika kebanyakan selebriti wanita cantik yang lain memilih untuk menceburi perniagaan yang melibatkan kecantikan, lain pula dengan aktres popular, Dynas Mokhtar.

Dynas lebih selesa memilih produk kesihatan sebagai salah satu cabang bisnes yang ingin diceburinya.

Menurut Dynas, telah ramai selebriti yang mengeluarkan produk kecantikan dan dia enggan sama seperti orang lain. 

“Jika diimbas kembali zaman saya berlakon drama 'Susuk' dulu, banyak tawaran produk kecantikan yang datang. Tetapi semua saya tolak kerana tidak berminat dengan produk kecantikan itu.

"Sama dengan fesyen, saya tidak lancarkan koleksi Ready to Wear (RTW) sebaliknya buat sesuatu yang orang tak pernah buat iaitu baju untuk ibu menyusu. 

"Ibu saya sendiri pada mulanya tidak yakin dengan visi saya dalam bidang perniagaan. Namun, saya tetap teruskan kerana belum pernah orang buat lagi ketika itu.

"Begitu juga produk yang saya lancarkan hari ini iaitu Black G yang mana ia benda baru dalam pasaran. Ia membantu dari segi kesihatan. Kajian yang dijalankan agak lama dan jutaan ringgit dilaburkan untuk menghasilkan produk ini," kataya. 

Mengulas lanjut perkembangan terbaru ini, pelakon drama 'Keluarga Untuk Disewa' ini berkata, kolaborasinya dengan jenama itu adalah sebagai rakan kongsi. 

“Bukan sekadar mewakili jenama ini tetapi saya juga rakan kongsi atau rakan perniagaan sekali gus dapat memberikan idea untuk pemasaran dan urusan jualan," katanya. 

Ditanya apa yang membuatkan dia yakin untuk menjadi rakan kongsi, kata ibu kepada tiga orang anak ini, apabila adanya kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) tiada sebab untuk dia menolak.  

Sambung Dynas lagi, tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah jenama itu iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual di laman beli-belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.

Tahniah diucapkan kepada Dynas kerana berjaya mengembangkan lagi sayap dalam dunia perniagaan dan semoga maju jaya.  - Getaran, 18 November 2021.

Gambar: Black G , Instagram Dynas

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN