web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taylor Jahanamkan Majlis Kahwin Bekas Kekasih Dalam Video Muzik Terbaharu!

Selepas filem pendek 'All Too Well', lagu 'I Bet You Think About Me' juga dikatakan ditulis untuk bekas kekasihnya iaitu Jake Gyllenhaal.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 3:25PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika demam 'All Too Well' versi 10 minit yang baru dilancarkan penyanyi terkenal Taylor Swift belum kebah, peminat kembali menggila di laman sosial membincangkan sebuah video muzik yang baru dimuatnaik malam tadi bertajuk 'I Bet You Think About Me'. 

Taylor merakam semula lagu-lagunya dalam album Red dari tahun 2012 kerana ingin mendapatkan semula hak lagunya daripada label muzik sebelum ini iaitu Big Machine. Sebab itulah ada tulisan bertanda 'Taylor’s Version' di setiap judul lagu yang dirakamkan semula oleh Taylor. 

Namun, apa yang lebih hangat daripada album Red versi Taylor ini sudah semestinya lagu yang dikatakan ditulis untuk bekas kekasihnya iaitu pelakon Jake Gyllenhaal.

 Selepas filem pendek 'All Too Well', video muzik 'I Bet You Think About Me' juga dispekulasikan dengan tujuan yang sama iaitu menceritakan tentang Gyllenhaal. Ini kerana lagu 'I Bet You Think About Me' menceritakan seorang perempuan yang bercinta dengan lelaki kaya. Gyllenhaal adalah bekas kekasihnya yang berasal daripada keluarga elit.

Penyanyi pop antarabangsa itu bekerjasama dengan rakan karibnya sendiri iaitu Blake Lively untuk menghasilkan video muzik 'I Bet You Think About Me' yang berdurasi enam minit itu.

 Dalam video itu, digambarkan Taylor datang dan merosakkan majlis perkahwinan bekas kekasihnya yang dilakonkan Miles Teller. Apa yang lebih menarik, isteri kepada Miles Teller iaitu pelakon Keleigh Sperry turut menjayakan video ini.

Dalam video itu, watak pengantin lelaki dilihat mengimbau kembali kenangannya bersamaTaylor.

Taylor hadir di majlis itu dan menimbulkan kekacauan seperti merosakkan kek, minuman, rebah selepas beri ucapan dan melakukan hal-hal mengarut lain bersama tetamu.

Namun, menarik untuk teliti bagaimana pengarah bermain dengan warna dalam video ini. Di penghujung lagu, tiba-tiba semuanya berubah menjadi warna merah menggambarkan perasaan Taylor terhadap percintaannya yang gagal.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kesinambungan antara video ini dengan filem pendek All Too Well seperti skaf merah yang dikalungkan di leher pengantin perempuan. Ia adalah skaf yang sama dipakai Taylor dalam All Too Well

Peminat membuat kesimpulan bahawa Taylor sedang memberi amaran kepada pengantin perempuan betapa toksiknya lelaki yang dikahwininya.

Setakat 12 jam ditayangkan, I' Bet You Think About Me' meraih lebih 6 juta tontonan di YouTube. Manakala filem pendek All To Well mencatat 34 juta tontonan sejak dimuat naik tiga hari lalu. - Getaran, 16 November 2021

Gambar: Instagram Taylor Swift

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kerana Bercumbu Dengan Pengawal Keselamatan, Penyanyi Taylor Swift Putus Cinta Dengan Matty Healy 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN