web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tudung Laris Dijual Kerana Nora Danish

Walaupun dikecam hebat kerana imejnya yang dilihat tidak bersesuaian untuk sebuah kempen tudung, namun pelakon Nora Danish tetap punya tarikan sehingga tudung tersebut laris dijual.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 12:11PM

Gambar: Instagram @noradanish

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara mempromosikan kempen pratempah tudung bawal Minaz, aktres popular Nora Danish dikecam hebat netizen kerana imejnya yang sering tampil seksi, berani dan berambut lepas dilihat tidak bersesuaian untuk menjayakan kempen jenama tudung tersebut. 

Namun, isteri kepada Mohamad Nedim Nazri itu mengakui sudah imun dan kebal dengan segala kecaman daripada warganet.

Gambar: Instagram @minaz.my
Gambar: Instagram @minaz.my

“Saya percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan kempen jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya dan ia juga adalah suatu rezeki. 

“Mungkin suatu hari nanti, hati saya akan terbuka ke arah itu (bertudung). Siapa tahu? Semua ini samalah seperti kita mendoakan sesuatu yang baik. 

“Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung, jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. 

“Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja kepada artis tetapi juga semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.

Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Putra Raywal Ramli Rizal Ashram, 12 dan Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney, 3 tahun ini juga mengakui bahawa seksi itu adalah suatu terma yang bersifat subjektif. 

“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia bergantung pada mata yang memandangnya.  Kalau baik yang dilihatnya, maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.”

“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.

“InsyaAllah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang hanya tahu menghentam dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.

Jelas Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif lagi, dia sebenarnya tidak mahu ambil endah dengan hal-hal yang negatif seperti ini (kecaman). 

“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana-mana komen atau blog yang sengaja mahu menghentam atau mencari silap saya. 

“Kalau saya tahu pun, cerita ini saya dapat daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Buat apa menghabiskan tenaga untuk perkara-perkara seperti ini. 

“Malah pada satu tahap, saya tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang-kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya.

Sementara itu, pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama Minaz, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija Minaz menyatakan keputusannya memilih Nora mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat. 

Gambar: Instagram @minaz.my
Gambar: Instagram @minaz.my

“Hari pertama sewaktu Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi, ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan negatif.

“Malah kurang satu jam ketika pratempah dibuka pada 25 Oktober lalu, sebanyak 150,000 helai tudung bawal kempen kami telah terjual. 

“Ia sekali gus telah membuka ruang untuk membantu bantu lebih 4,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia jana pendapatan dari rumah pada era pandemik COVID-19. Kempen ini akan dilancarkan pada 8 November ini,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, UiTM Shah Alam bertukar ke dunia fesyen.

Menurut Pija lagi, ada dalam kalangan peminat bertanyakan kenapa pihaknya memilih Nora untuk menjayakan kempen tudung jenama ini. 

“Malah, saya dimaklumkan team saya, ada yang mahu boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. 

“Pemilihan Nora yang berwajah lembut dan manis bersesuaian dengan konsep bunga pada rekaan tudung. Stokis dan agen pun suka sebab Nora punyai ramai pengikut di Instagram.

“Nora juga punya personaliti ceria serta mudah didekati. Saya percaya ia mampu mempengaruhi ramai wanita untuk mengenali jenama dan produk ini terutama apabila kempen rasmi kami bermula pada 8 November ini (hari ini),” katanya. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN