web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naim Daniel Wakili Malaysia Di Anugerah MTV Eropah

Penyanyi terkenal Naim Daniel telah menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia di Anugerah MTV Eropah 2021 yang bakal berlangsung di Budapest. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal Naim Daniel telah tercalon di Anugerah MTV Eropah (EMA) yang ke-28 untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik mewakili Malaysia. 

“Allahuakbar, Alhamdulillah. Macam mimpi. Jadi satu-satunya wakil Malaysia. Top 5 pun saya dah rasa sangat bersyukur. Terlalu bersyukur. Terima kasih Malaysia,” kongsi Naim di akaun media sosialnya. 

Turut tercalon dalam kategori yang sama adalah SB19 (Filipina), Ink Waruntorn (Thailand), JJ Lin (Singapura), K-ICM (Vietnam) dan Lyodra (Indonesia).

Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber mendominasi EMA dengan lima pencalonan diikuti Doja Cat, Lil Nas X, Ed Sheeran, Olivia Rodrigo dan The Kid Laroi. 

Untuk kategori artis K-Pop pula, nama-nama besar yang bersaing untuk merebut anugerah itu ialah BTS, Lisa Blackpink, Rose Blackpink, Monsta X, NCT127 dan Twice.

Undian untuk setiap pencalonan dibuka sehingga 10 November 2021 dan boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi mtvema.com.

Bakal dihoskan oleh Saweetie, Anugerah MTV Eropah 2021 akan berlangsung di Papp Laszlo Budapest Sport Arena di Hungary dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran MTV di 180 buah negara pada 14 November nanti.

Buat penonton di Malaysia pula, anugerah ini akan bersiaran pada 15 November, jam 8 malam. - Getaran, 2 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN