web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cederakan Pemandu, Khianat Van Pos Malaysia Aktor Didenda RM3,500

Ammar Alfian mengaku bersalah melakukan khianat mengetuk van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu kenderaan tersebut April lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Nov 2021 8:16PM

Gambar: Instagram @ammar_alfian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu van tersebut, April lepas.

Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Ammar Alfian Aziz, 34, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan manakala pertuduhan mencederakan dia didenda RM1,500 atau penjara sebulan.

Lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777.

Pelakon filem Paskal itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Budiman 26/17A, Cheras di sini pada 1.45 petang, 5 April lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ammar Alfian turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin Mohd Noor, 31, pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-keduanya.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai,” katanya.

Peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili Ammar Alfian memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan kerugian yang dialami hanya sekitar RM700.

“Mangsa juga hanya mengalami kecederaan ringan dan anak guam saya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Peroleh Perintah Siasat Kes Pelakon Pukul Kekasih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN