Berita Terkini

8 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 8 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 8 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 8 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 8 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Erti ‘Adolescent’ Buat Rahmania Astrini

Pada bulan baru, hari baru ini, kami mahu memperkenalkan kepada anda wajah baru dari industri muzik Indonesia, Rahmania Astrini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 9:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Namanya mungkin belum terlalu dikenali di Malaysia, namun di negara asalnya Indonesia, Rahmania Astrini sudah beberapa tahun mula mengorak langkah sebagai seorang penyanyi sejak dilamar syarikat rakaman antarabangsa Warner Music Indonesia. Lahir di Amerika Syarikat sewaktu ayahnya melanjutkan pelajaran di sana, mereka sekeluarga kemudian pulang ke Indonesia dan meneruskan kehidupan.

Kini di usia yang bakal menginjak 20 tahun, Rahmania Astrini (yang lebih mesra dipanggil Astri) muncul dengan sebuah album EP (Extended Play) berbahasa Inggeris berjudul ‘Adolescent’.

Ia menampilkan ramai nama-nama antarabangsa besar sebagai penerbit dan penulis. Antaranya termasuklah penerbit dari Sweden, Mr. Fantastic yang pernah menerbitkan lagu-lagu bintang antarabangsa seperti Nicki Minaj, Khaled dan juga Jennifer Lopez. Tidak ketinggalan menyumbang lagu dalam album ini adalah Toby Gad yang juga penulis lagu 'If I Were a Boy' nyanyian Beyonce dan 'Big Girls Don’t Cry' dendangan Fergie.

Kami di Getaran sempat meluangkan sedikit masa bersama bintang muda ini lewat sebuah wawancara eksklusif secara maya untuk bertanyakan harapannya mengenai album terbarunya ini.

“Sejujurnya saya sama sekali tidak menyangka bahawa saya akan sampai ke tahap ini. Semuanya berasa sedikit pelik kerana pada mulanya saya hanyalah seorang gadis yang suka menyanyi. Tidak lebih dari tu. Tak sangka bakal bergelar artis rakaman dan dapat melahirkan projek yang besar seperti ini.

Apatah lagi dapat bekerjasama dengan nama-nama pemuzik tersohor dunia yang pernah menerbitkan lagu-lagu artis yang saya sukai,” jawab Astri membuka bicara.

Kala ditanya mengenai tajuk EPnya yang berjudul Adolescent, Astri memberitahu bahawa ia memang sesuai dengan keadaan dirinya sekarang.

“Saya memilih tajuk ini kerana ia benar-benar menggambarkan diri saya sekarang. Adolescent yang bermaksud remaja menjelaskan detik kehidupan saya yang seperti remaja lain di dunia, masih mencari jati diri sendiri dan cuba menjadi versi terbaik masing-masing. 

Lantas lagu-lagu di dalam projek ini merupakan lagu-lagu yang membawa tema yang dekat dengan jiwa golongan muda remaja. Ia berkisar segala yang mungkin dialami seorang remaja seperti bibit percintaan, putus cinta, kehidupan dan pencarian erti hidup di awal usia,” jelasnya lagi.

Bila ditanya lagu mana menjadi kegemarannya dalam EP ini, Astri memilih ‘Pretty Like You’ kerana ia merupakan kolaborasi duet bersama seorang lagi penyanyi Indonesia yang diminatinya iaitu Monica Karina.

“Selain meminati kak Monica Karina, saya juga menyukai lagu ini kerana kita sama-sama menceritakan tentang cabaran berhadapan dengan ekspektasi ‘definisi cantik’ dalam dunia hiburan. Kami sedar kami mungkin tidak secantik sesetengah artis yang ada dalam dunia hiburan, tapi tidak mengapa kerana kami percaya semua orang cantik dengan cara tersendiri. Itu mesej yang ingin saya sampaikan dalam lagu ini dan saya harap orang lain juga dapat mengerti,’ katanya.   

Apakala ditanya tentang bagaimana dirinya berhadapan dengan kritikan dan komentar negatif di laman media sosialnya yang mempunyai hampir setengah juta pengikut, Astri menjelaskan dia tidak terlalu mengambil pusing dengan hal tersebut.

“Di zaman media sosial ini sesiapa sahaja boleh meninggalkan sebarang komen dan semua ada pendapat sendiri. Namun saya sudah biasa dan mengambil langkah dengan tidak menghiraukan sangat. Kadangkala saya jawab dengan cara berjenaka supaya saya juga tidak termakan dengan rasa marah dan emosi,” ujar Astri sambil tersenyum.

Astri berharap EPnya ini bakal disukai dan dinikmati oleh semua yang mendengar, khasnya mereka yang baru mengenali dirinya di Malaysia.

“Saya harap lagu-lagu dalam projek ini juga dapat memberi inspirasi kepada semua yang mendengar supaya jangan berhenti mengejar impian serta jangan berputus asa. Jika saya mampu mengejar cita-cita, pasti orang lain juga boleh melakukan perkara yang sama.

Saya juga mahu para pendengar tahu bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi kehidupan remaja di dunia. Semoga dengan mendengar karya-karya saya mereka juga akan sedar bahawa ada ramai lagi di luar sana yang sedang melalui fasa dan cabaran yang sama,” katanya menutup bicara.

Adolescent oleh Rahmania Astrini sudah boleh didapati di semua wadah penstriman digital sejak 12 Februari yang lalu. – Getaran, 1 Mac 2021

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

Selebriti 1 hari yang lalu

Video Anak Azhar Sulaiman, Leona Berbikini Putih Ketika Mandi Manda Di Sungai Tular Di Media Sosial

Video Leona sedang berlibur bersama teman-temannya di luar negara menjadi tular di Tik Tok. 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

Ifa turut mempersoalkan dimanakah silap dirinya dalam video tersebut, bahkan dia bangga perancangan menjayakan strategi ‘marketing’ telah berjaya menarik perhat...

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 1 hari yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

oleh Zara Sofea