Hangat dari Hollywood apabila penyanyi terkenal antarabangsa, Zayn Malik, 28, didakwa memukul ibu Gigi Hadid iaitu Yolanda Hadid.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada minggu lalu ketika Yolanda ke rumah pasangan itu sewaktu ketiadaan Gigi. Yolanda juga dikatakan bercadang untuk membuat laporan polis terhadap Zayn.
Zayn memberitahu TMZ dalam satu kenyataan, "Saya dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Yolanda Hadid dan demi anak perempuan saya, saya enggan memberikan butiran lanjut. Saya berharap Yolanda akan mempertimbangkan semula tuduhan palsunya dan menyelesaikan is keluarga ini secara peribadi."
Bekas ahli kumpulan One Direction itu juga turut memuatnaik satu kenyataan di akaun Twitter dengan mengatakan apa yang paling penting adalah melindungi privasi anak perempuannya.
“Seperti yang anda semua tahu, saya merupakan seorang yang sangat menjaga privasi dan mahu membina ruang yang selamat dan privasi untuk anak saya membesar di mana hal-hal peribadi keluarga tidak dipertontonkan kepada orang luar,” tulisnya.
— zayn (@zaynmalik) October 28, 2021
Sementara itu, Gigi dikatakan telah memutuskan hubungannya dengan Zayn selepas kekecohan yang berlaku.
Menurut People, wakil Gigi telah mengeluarkan kenyataan bahawa buat masa ini model terkenal itu mahu fokus memberikan yang terbaik buat anaknya, Khai dan meminta diberikan ruang privasi.

Terdahulu, Zayn dan Gigi telah menjalin hubungan sejak 2015. Namun, mereka pernah berpisah seketika sebelum kembali bercinta dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Khai yang kini berusia 13 bulan. - Getaran, 29 Oktober 2021
