web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kalau Boleh Ambillah Vaksin,” Pesan Siti Buat Rakan Industri

Sebagai majikan, Siti turut menghantar semua pekerjanya untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 3:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada perkembangan industri hiburan yang semakin rancak beroperasi, penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berasa lega kerana penggiat seni akhirnya boleh kembali bekerja. Namun begitu, Siti merasakan pengambilan vaksin adalah wajar agar semua penggiat seni boleh bekerja dalam suasana yang selamat. 

Pelantun lagu 'Anta Permana' itu mengakui dirinya sendiri turut mendapatkan suntikan vaksin kerana percaya ia adalah salah satu cara untuk melindungi diri dan anak-anaknya daripada virus COVID-19.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang majikan, dia turut menghantar semua pekerjanya untuk mendapatkan perlindungan vaksin. 

“Saya ambil vaksin kerana ingin melindungi anak-anak dan mereka yang bekerja dengan saya. Saya turut menghantar semua staff untuk mengambil vaksin dan mujurlah mereka tidak menolak,”ceritanya ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran produk kosmetik terbaharu SimplySiti  baru-baru ini. 

Namun begitu, Siti yang juga merupakan antara calon Artis Tik Tok Popular Berita Harian menghormati pendirian sesetengah individu yang memilih untuk tidak mengambil vaksin. 

“Tapi tidaklah bermakna saya mengatakan golongan antivaksin tidak sihat. Mereka ada cara tersendiri. 

“Setiap orang ada hak masing-masing dan saya menghormati pendirian mereka. Cuma kalau boleh, kita nak berada dalam suasana yang selamat untuk bekerja,” katanya

Ditanya adakah Siti hanya akan bekerja dan membuat persembahan dengan individu yang sudah divaksin, dia mengakui terbuka  untuk bekerja dengan sesiapa sahaja kerana yakin pihak stesen televisyen menjaga SOP persembahan dengan ketat.

“Saya tidaklah tanya sama ada mereka ambil vaksin atau tidak. Saya percaya mana-mana tempat yang saya pergi pasti menitikberatkan soal SOP. 

“Vaksin ada banyak kebaikan. Ini salah satu daripada ikhtiar kita, selebihnya serahkan kepada Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa Khalid pada April lalu, Siti kembali fokus menerajui jenama kosmetiknya Simlysity yang melancarkan rangkaian produk terbaharunya yang mensasarkan semua lapisan usia dan warna kulit dengan konsep Reflection of Perfection.

Siti turut mengakui, tidak mudah mempertahankan syarikatnya namun berkat sokongan suaminya, dia mampu menempuh setiap cabaran sepanjang bergelar usahawan

Siti turut memperkenalkan duta produk terbaharunya iaitu Zahra Zura untuk mempromosikan rangkaian produk ini. Antara produk yang dihasilkan untuk koleksi kali ini ialah compact powder, loose powder, cushion foundation, liquid foundation, powder blush, gincu dan lain-lain. 

Foto: Sadiq Asyraf

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN