web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ruhil Amani Sedia Kembali Ke Dunia Muzik

Penyanyi Ruhil yang pernah popularkan lagu-lagu hit seperti ‘Kawan’ serta ‘Anak Dunia’ memberitahu bahawa dia sudah mempunyai 13 lagu baharu yang telah siap dirakam.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 5:58PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dia pernah memahat nama sebagai penyanyi rakaman paling muda di dalam industri muzik tempatan. Ketika itu, usianya baru mencecah 13 tahun dan menjadi penyanyi remaja yang diminati dalam kalangan pendengar dan peminat seusianya.

Namun, selepas mula melanjutkan pengajian, mendirikan rumah tangga dan membesarkan anak-anak, Ruhil Amani Hussin, 46, kemudian mula menyepikan diri dan tidak lagi aktif menyanyi atau mengeluarkan rakaman lagu terbaharu. 

Apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang artis legenda yang bakal menjayakan Konsert Rockestra Nostalgia, ia bagaikan suatu petanda bahawa penyanyi rock wanita ini bakal membuat kemunculan semula di dalam industri ini dengan karya-karya terkini.

“Ya, memang saya merancang untuk kembali ke dalam industri ini. Sebetulnya, saya mahu membuat comeback sejak dua tahun lalu. Tapi disebabkan pandemik, rencana tersebut tergendala. 

“Sebagai persiapan, saya banyak melakukan senaman dan latihan vokal untuk berikan yang terbaik. 

“Lebih-lebih lagi untuk konsert Rockestra Nostalgia itu nanti kerana saya satu-satunya artis perempuan yang di kelilingi legenda muzik hebat yang lain. Jadi saya kena berikan persembahan yang baik dan buktikan bahawa saya layak berada di sini,” katanya kepada Getaran. 

Konsert Rockestra Nostalgia yang bakal berlangsung di Panggung Anniversary pada 30 Oktober ini akan menyatukan Ruhil dengan Rahim Maarof, Man Bai, Ito Blues Gang, Rahmad Mega dan Asheeed Def-Gab-C di pentas yang sama. 

Antara sebab mengapa Ruhil sudah bersedia untuk kemunculan semula dalam industri ini adalah kerana kedua-dua anaknya, Ariana, 17 dan Raayan, 10, kini sudah besar. 

“Saya boleh tarik nafas lega kerana saya sudah boleh fokus semula dengan kerjaya nyanyian saya. 

“Dulu saya memang kena bagi perhatian kepada anak-anak kerana kerjaya bapa mereka lebih banyak tertumpu di luar negara,” katanya. 

Tentang rakaman lagu baharu, Ruhil memberitahu bahawa dia sudah pun menpunyai 13 lagu yang telah dirakam dan disiapkan sepenuhnya.

“Kesemua lagu ini adalah hasil kolaborasi saya dengan Norm Aidid. Dia sangat berbakat dan lagu-lagu dia juga sungguh segar. 

“Tapi, saya tidak tahu bila saya akan keluarkan lagu-lagu ini. Kalau boleh saya tidak mahu melakukannya secara terburu-buru. 

“Yang penting, saya kena pastikan stamina saya berada dalam keadaan yang baik sebelum benar-benar muncul dengan rakaman baharu. 

“Saya tak mahu bila saya kembali saya tidak boleh menyanyi. Saya tak mahu kecewakan peminat saya. Mereka letakkan harapan yang cukup tinggi buat saya dan hingga saat ini, mereka masih lagi setia mengikuti perjalanan kerjaya seni saya,” katanya. 

Ruhil juga akui bahawa dia masih tidak boleh lari dengan genre muzik rock di dalam lagu-lagu yang dihasilkan itu. 

“Rock adalah jiwa saya. Namun, pendekatan muzik kali ini adalah pop rock. Walaupun saya sudah berkecimpung lama di dalam bidang ini, tapi saya anggap diri saya seperti artis baharu.

“Dan saya juga perlu banyak lagi menguasai penggunaan media sosial seperti TikTok dan Iinstagram untuk memastikan saya masih relevan di dalam industri ini. 

“Tapi, untuk bersaing dengan sesiapa, saya rasa itu tidak perlu kerana siapa yang pernah mengikuti saya dan membesar bersama lagu-lagu saya, mereka akan tahu siapa saya,” katanya. 

Menyentuh tentang Konsert Rockestra Nostalgia, Ruhil berkata, dia bakal membawakan tiga lagu iaitu ‘Kawan’, ‘Anak Dunia’ dan sebuah lagu baharu berjudul ‘Cappucino’. 

Dia juga mengakui bahawa kedua-dua anaknya iaitu Ariana dan Rayyan juga menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang muzik. - Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN