web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ayie Floor 88 Kini Milik Tasha!

Hanya dengan sekali lafaz, Ayie selamat diijakbulkan dengan tunangnya, Tasha Awie, 23. Pasangan ini dinikahkan sediri bapa Tasha, Ahmad Nawawi Mad Nasir, di Masjid Ukay Perdana, pagi tadi. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 2:40PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Dan, disebabkan jodoh yang sudah tertulis, vokalis Floor 88, Nik Fadlee Elhamshah, 24, atau lebih dikenali sebagai Ayie, telah pun selamat diijakbulkan dengan tunangnya, Tasha Awie, 23. 

Pasangan yang sedondon mengenakan busana rona putih ini dinikahkan bapa Tasha, Ahmad Nawawi Mad Nasir, 51, di Masjid Ukay Perdana. Hanya dengan sekali lafaz, Ayie sah memperisterikan suri hati pilihannya itu dengan mas kahwin RM1,000 tunai bersama seutas gelang dan cincin emas, kira-kira jam 10.20 pagi tadi. 

Ayie ketika dihubungi Portal Getaran mengakui bahawa dia berasa sedikit gugup terutama sewaktu melafaz akad nikah.

“Alhamdulillah, walaupun gugup dengan hanya satu lafaz, segala urusan dipermudahkan. Saya sangat bersyukur dan majlis yang diadakan secara tertutup dan mengikut SOP ini hanya dihadiri keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat,” katanya. 

Bercerita lebih lanjut keputusannya mendirikan rumahtangga pada usia muda dan tatkala Floor 88 masih berada di ambang kegemilangan, Ayie berkata jodoh, ajal, maut dan rezeki datangnya dari Allah SWT. 

“Saya percaya walaupun sudah berkahwin, peminat masih boleh menyokong kerjaya saya. Malah, saya tidak rasa berkahwin akan menjatuhkan saham saya dan Floor 88. 

“Kejayaan Floor 88 adalah kerana usaha saya dan anggota yang lain. Insya-Allah, selepas ini kami akan terus menghasilkan karya-karya yang lebih relevan dan lebih diminati peminat,” katanya. 

Mengulas tentang Tasha, Ayie berkata dia memilih gadis itu sebagai pasangan berdasarkan beberapa kriteria. 

“Istimewanya Tasha kerana dia menyukai kanak-kanak dan pandai memasak. Dia boleh memasak apa sahaja dan kalau saya kata suka ayam masak merah cara ibu saya masak, dia belajar resepi ibu dan cuba memasaknya. 

“Tasha juga seorang yang mempunyai peraturan dalam hidup dan sentiasa merencana masa depan. Saya rasa itu yang membuatkan kami serasi. 

“Saya kenal dia di sebuah kedai makan menerusi kawan. Sebetulnya saya seorang yang cukup segan untuk menyapa perempuan. Ketika dengan bekas-bekas teman wanita dulu, selalunya mereka akan memulakan perkenalan. 

“Namun, dengan dia, saya yang mulakan dulu bercakap dan semakin lama kenal keperibadiannya, dia sangat berbeza dengan gadis lain. Alhamdulillah, kini dia sudah jadi isteri saya,” katanya. 

Bersama Tasha, Ayie berkata, mereka telah membuka kafe yang dinamakan Ayie Ilham Café di Platinum Setapak kira-kira lapan bulan lalu. 

"Kafe ini diusahakan kami bersama keluarga dan menjual pelbagai jenis masakan Malaysia serta Barat. 

“Kami turut buka sebuah lagi perniagaan iaitu Lalap.hq food court di Kampong Baru yang diusahakan bersama ahli band Floor 88. 

“Ramai rakan artis turut sama membuka gerai makanan mereka. Antaranya, Ara Johari, Shuk Sahar, Aiman Tino, Nabila Razali, Bella Astillah dan ramai lagi,” katanya.  

Walaupun baru sahaja mendirikan rumahtangga, Ayie memberitahu, dia belum punya perancangan untuk berbulan madu dengan isterinya dalam waktu terdekat. 

“Sebabnya, selepas sahaja empat hari, saya akan terlibat dengan penggambaran telefilem, travelog dan beberapa perancangan lain. 

“Selesai sahaja semua ini, baru saya akan fokus semula dengan perancangan bersama keluarga,” katanya. 

Sebelum diijabkabulkan, Ayie dan Tasha telah pun mengikat tali pertunangan pada Januari lalu. - Getaran, 21 Oktober 2021

Gambar & video: Instagram @ayieelhamf88

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Apa Hukum Cari Jodoh Di Media Sosial? Haram Atau Harus?

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kerugian RM2.6 Juta Akibat Filem Bas Terakhir Malam Raya Dicetak Rompak - Floor 88 Tidak Menolak Kemungkinan Penglibatan Orang Dalam 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Menyukai Budak-Budak Kerana Dirinya Seorang Family Man, Pablo Amir Tunggu Jodoh! 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Perkahwinan Kami Jadi, Tapi Bukan Waktu Sekarang -  Tunang Azri Iskandar Jelaskan Status Kahwin Mereka

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN