web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Gugur Anak Hancurkan Karier Kim Seon Ho

Menurut bekas kekasih Kim Seon Ho, mereka bercinta awal 2020 kemudian disahkan hamil pada Julai 2020 sebelum memutuskan hubungan melalui panggilan telefon.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 5:54PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika drama terkenal Korea Selatan 'Hometown Cha-Cha-Cha' melabuhkan tirai dengan catatan rekod cemerlang jumlah tontonan tertinggi pada episod akhir, muncul kontroversi yang menjadi buah mulut ramai.  

Perkhabaran buruk itu membabitkan bintang utamanya iaitu Kim Seon Ho apabila bekas kekasihnya yang dikenali sebagai A mendedahkan aktor itu pernah memaksanya menggugurkan anak dalam kandungan. 

Asalnya wanita itu hanya menggunakan akronim sahaja iaitu 'Pelakon K' tanpa mendedahkan siapakah aktor yang dimaksudkan dalam kenyataannya pada 18 Oktober lalu.

Agensi yang menaungi Kim Seon-ho, SALT Entertainment pula memilih menutup mulut namun namun beberapa iklan yang menggunakan gambar Kim Seon-ho perlahan-lahan memadam gambar pelakon itu.

Berikut kami kongsi kronologi bagaimana kontroversi ini meledak. 

@hannanajj

Balas @joyzolie 2 brand yang menghapus iklan aktor kim seon ho #kimseonho #foodbucket #dominopizza #parati

♬ I Love You So - The Walters

Pendedahan bekas kekasih

Kim Seon Ho sebelum ini dilabel sebagai jejaka tampan dan berkeperibadian baik berikutan imej yang dibawanya dalam drama 'Start-Up'. Bahkan dia selalu digelar 'good boy'.

Sudah pasti, berita ini sangat mengejutkan peminat apabila bekas kekasih Kim Seon Ho mendakwa pelakon itu mula mengabaikannya setelah kian popular. 

“Banyak artis dan idol bertanggungjawab dan menikahi teman wanita mereka yang mengandung. Namun, lelaki yang saya cintai ini, ketika semua orang memuji dirinya baik, hakikatnya dia tidak punya hati nurani  dan tiada rasa bersalah. 

“Dia memperdayakan saya. Dia memaksa saya menggugurkan kandungan sedangkan saya tidak mahu melakukannya. Setelah kami putus, saya ingatkan dia akan minta maaf. Tetapi dia tidak pernah minta maaf sekali pun kerana sibuk mengejar duit, lakukan penggambaran iklan dan menjadi artis,” tulisnya.

Menurut A, mereka bercinta awal 2020 kemudian dia disahkan hamil pada Julai tahun sama. Doktor mengatakan rahim A lemah dan mungkin tidak akan hamil lagi jika menggugurkan bayi dalam kandungan.

Dedah A lagi, Kim Seon Ho mengatakan untuk membesarkan anak, dia perlu membelanjakan 900 juta won dan tidak sanggup membayarnya. Kim Seon Ho juga berkata, sekiranya A enggan menggugurkan kandungan, dia akan membenci bayi itu sekiranya ia lahir.

Dakwa A lagi, Kim Seon Ho menukar namanya di telefon dan meminta wanita itu memadam perbualan mereka. Sejak kandungan digugurkan, pelakon itu mula memadam gambarnya di komputer riba milik A dan jarang menghabiskan masa bersama. Hingga suatu hari, pelakon itu memutuskan hubungan mereka melalui panggilan telefon. 

@wthislovez

Rumor!! This is kim seon ho ex girlfriend she even deactivated all her account after all this shit happens #kimseonho

♬ My Name (Feat. Swervy, Jeminn) - HWANG SANG JUN

Kim Seon Ho mengaku dan mohon maaf

Semalam (20 Oktober), Kim Seon Ho mengaku dialah pelakon yang dimaksudkan individu A itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensinya.

“Saya memang ingin bertemu dan meminta maaf kepadanya cuma menunggu masa sesuai. Buat masa sekarang, saya ingin meminta maaf kepadanya melalui kenyataan ini.

“Saya ingin minta maaf kepada semua orang yang terluka. Saya tahu tulisan ini memang kedengaran bodoh dan tidak memuaskan hati semua orang. Tetapi saya ingin menunjukkan ketulusan saya dengan cara ini. Saya benar-benar minta maaf,” tulisnya.

Hilang tawaran kerja sekelip mata

Sejak kontroversi ini meledak, Kim Seon Ho tidak lagi beraksi dalam program realiti terkenal '2 Days 1 Night" dan beberapa kontrak iklan. 

Bukan itu sahaja, dia juga sepatutnya dijadualkan membintangi filem Dog Days bersama pemenang Oscar Youn Yuh Jung dan Kim Yoo Jin. Tawaran itu bagaimanapun ditarik balik.

Dua tawaran filem lagi yang sepatutnya dibintangi Kim Seon Ho iaitu 2 O'Clock Date bersama YoonA SNSD dan Sad Tropics juga dibatalkan.

Begitu pun, Kim Seon Ho masih lagi bernaung di bawah SALT Entertainment. 

A Memaafkan Kim Seon Ho

Bekas kekasih Kim Seon Ho menulis sebuah kenyataan baharu dan mengakui menyesal kerana menimbulkan kekecohan mengenai pelakon itu. 

“Ada saat di mana saya dan dia memang saling mencintai. Saya tak selesa melihat dia 'jatuh' kerana kenyataan ekstrem saya.

"Saya menerima permohonan maaf daripadanya. Rasanya seperti ada salah faham antara kami. 

“Kejadian ini nampaknya telah menyebabkan kerugian kepada ramai orang, saya akan segera memadam hantaran ini,” katanya. 

A juga berharap tidak ada sesiapa lagi yang membuat pengisian palsu mengenai hubungannya dengan pelakon itu. Dia menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang mengancam ugutan bunuh dan melakukan serangan peribadi kepada dirinya.

Sumber: Soompi, CNN Indonesia

Gambar: Instagram @Salt Ent dan @seonho__kim

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Isteri Gugurkan Anak – Hafidz Roshdi Buat Dua Kali Laporan Polis, Dakwa Tiada Resit Hospital

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Diana Danielle Dedah Pernah Dipukul Bekas Kekasih, Beri Nasihat Kepada Wanita Jangan Jadi Mangsa 

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Tak Wajar Boikot Artis Buat Salah” - Amar Baharin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN