web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tak Wajar Boikot Artis Buat Salah” - Amar Baharin

Isu membabitkan Fauzi Nawawi, bagi Amar pelakon itu tidak wajar diboikot kerana dia bukanlah anak seni yang bermasalah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:53AM

Gambar: Instagram @amarbaharin

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika pelakon Fauzi Nawawi menjadi tular di laman sosial gara-gara klip video sebuah rancangan temu bual mengenai isu rogol yang dijenakakan hangat diperkatakan, di Korea Selatan pelakon Kim Seon Ho juga berdepan kontoversi berikutan kes skandal membabitkan bekas teman wanitanya. 

Seon-ho bukan sahaja dihentam teruk, bahkan banyak kontrak kerjanya dibatalkan. Ini kerana perbuatan memboikot artis atas kesalahan yang dilakukan sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Korea Selatan. Warganet Malaysia nampaknya mula menginginkan perkara serupa terjadi kepada artis di Malaysia yang bersikap keterlaluan.

Pelakon Amar Baharin bagaimanapun menegaskan tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana Fauzi Nawawi bukanlah artis yang bermasalah. 

“Soalan yang diajukan sangat spontan. Dan, dia pun berbual secara spontan tentang perkara yang sudah terjadi. Abang Fauzi menceritakan perkara tersebut namun netizen tak boleh terima kerana ia dikongsi secara terbuka. 

“Bagi saya tak wajar untuk boikot program dan pelakon. Dia dah minta maaf, sudahlah,” kata Amar ketika ditemui di majlis sidang media drama 'Hati Yang Dikhianati' baru-baru ini.

Pelakon Isyarianna bersetuju dengan pandangan Amar malah baginya tidak wajar sesebuah program dipulau hanya kerana sekali berlaku kecuaian. 

“Kalau selalu terjadi, mungkin wajar untuk dengar pandangan netizen. Dalam hal ini baru sekali berlaku, tak wajar untuk boikot kerana ia melibatkan periuk nasi ramai orang," katanya. 

Ammar Baharin dan Isyarianna merupakan bintang utama drama 'Hati Yang Dikhianati'. Karya ini diadaptasi daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asal dalam Bahasa Sepanyol iaitu ‘Mis Tres Hermanas'. 

Bukan itu sahaja, Isyarianna turut berpeluang menyanyikan lagu tema drama ini berjudul Vida bersama Dean Eiman. Bekas peserta Akademi Fantasia itu berkata bukan mudah baginya merakamkan lagu itu berikutan jadual penggambaran yang padat.

 Maka, ada beberapa bahagian terpaksa dirakam dua kali. Apapun menurutnya, ia proses yang manis untuk dikenang.

'Hati Yang Dikhianati' mengisahkan cinta terhalang antara Zuhri Elyas dan Lisa. Takdir menemukan mereka apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berkonfrontasi  dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. 

Pertemuan itu membuahkan bibit cinta namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya tunangan. Dalam masa sama jejaka itu berselingkuh dengan Maria, kakak ipar Lisa.

Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja

Anda boleh menonton kisah cinta yang panas dan penuh pergolakan ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105). Drama ini juga boleh ditonton menerusi  aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. - Getaran, 25 Oktober 2021

Gmbar: Astro Drama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN