web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khir Rahman Bersyukur Raja Farah Dan Suami Sudah Memaafkan 

Selaku salah seorang hos program sketsa dan bual bicara komedi, Rumah No. 107 sebagai Tok Khir, Khir Rahman mengakui tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dan berasa kesal serta  ralat dengan apa yang terjadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 3:42PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkongsian aktor Fauzi Nawawi tentang pengalamannya menjayakan babak rogol melibatkan aksinya dengan pelakon Raja Farah Raja Aziz menerusi filem Anak Halal dalam salah satu episod program sketsa dan bual bicara komedi, Rumah No. 107 tiba-tiba sahaja menjadi viral. 

Walhal, episod program itu sudah lama berlaku. Viralnya video itu apabila Fauzi didakwa terlalu terbuka bercerita mengenaiaksi babak rogol yang dijayakan dalam filem arahan Osman Ali itu sehingga terlupa untuk menjaga aib Raja Farah sebagai pelakon wanita gandingannya.

Terkait dengan isu viral video itu, Raja Farah dan suaminya tampil memberikan respon dan menganggap bahawa perkongsian Fauzi itu sebagai mengaibkan dan langsung tidak menjaga kehormatan wanita. 

Netizen turut mengecam tindakan Fauzi, malah seluruh hos yang terlibat dalam produksi itu iaitu Khir Rahman, Joey Daud, Ropie dan Vicha turut menerima bahangnya kerana dianggap tidak sensitif dan menjadikan isu tersebut sebagai bahan lawak mereka. 

Khir Rahman yang memegang watak sebagai Tok Khir menerusi program itu menzahirkan rasa syukur apabila pelakon Raja Farah Raja Aziz dan suami telah menerima permohonan maafnya di atas keterlanjuran yang tercetus dalam program tersebut. 

“Alhamdulillah kerana tuan punya badan dan suaminya mempunyai hati yang mulia untuk memaafkan keterlanjuran saya. Saya berasa kesal dan ralat dengan apa yang terjadi

“Justeru, saya ingin sekali lagi memohon maaf kepada beliau dan seluruh keluarga. Saya telah menjadi 'sauh' dalam program ini tetapi bukan dengan niat membuka aib sesiapa.

“Saya juga bukannya mentertawakan bahan cerita atau isu yang dikongsi itu, sebaliknya saya ketawa dengan gelagat yang bercerita,” katanya dalam Instagram miliknya, @kei_remoss

Jelas Khir lagi, sebagai sauh, menjadi tugasnya dan beberapa teman pengacara mencungkil kisah-kisah yang belum pernah diceritakan tetamu di platform lain (rancangan lain).

“Ada masanya ia berjaya dicungkil dan ada ketikanya tidak. Kebanyakan tetamu sangat sporting dan telah memberi kerjasama yang baik. 

“Saya percaya mereka yang pernah menonton rancangan ini sangat menghargai keterbukaan tetamu dalam berkongsi cerita. Kita ketawa dan menangis bersama menontonnya.

“Oleh kerana itu, saya juga percaya semua pihak bersetuju untuk merakam program ini terlebih dahulu dan bukan dibuat secara langsung. Tujuannya supaya ada bahagian-bahagian dan keterlanjuran kata-kata yang boleh ditapis,” katanya.

Jelas Khir lagi, sebagai pengkarya Muslim, tidak mungkin dia akan memperlekeh atau meraikan isu yang diperbualkan itu. 

“Ini kerana saya  sendiri sering mempersoalkan isu ini. Maksud saya berkenaan babak-babak yang berunsur 18 SG/SX  dalam pengkaryaan seorang muslim.

“Secara peribadi, saya  memohon agar penyebaran video tersebut dihentikan serta-merta. Saya tidak pasti kalau ada pihak yang tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak.

“Namun, penularan video tersebut mesti dihentikan segera. Ada keterlanjuran dan maruah yang perlu kita sama-sama jaga.

“Apa yang menimbulkan persoalan, kebanyakan tetamu berkongsi kisah nakal mereka demi menjadi pengajaran buat masyarakat tetapi mengapa ini yang diviralkan,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN